Buat anda si kecil molek, kami kongsikan inspirasi ikon fesyen Nicole Richie dan Kim Kardashian untuk gaya paling seksi dan yang penting trendy. Anda Nicole Richie si skinny ataupun Kim Kardashian si curvy?
1. DRESS RONA PUTIH
Dress potongan minimal rona putih jadi pilihan seksi buat kamu yang kurus mahupun sedikit berisi. Jika bentuk badan persis Nicole, hanya perlu tambah gaya edgy dengan olahan cut out di pinggang agak menampakkan diri lebih berisi. Manakala bagi yang jenis Kim pula memadai dengan hanya sedikit potongan.
2. SKIRT SENSASI
Buat kamu yang kurus, tambah sedikit volume pada tubuh dengan skirt kembang motif jalur melintang ataupun bercorak seperti yang dipakai Nicole ini. Jika seperti Kim, pamer bentuk pinggul yang seksi dengan skirt ketat potongan pensel paras midi ini.
3. JEANS
Jika kamu skinny, pilih seluar jeans yang beri ilusi lebih berisi dari rona
cerah atau bercorak manakala untuk gadis curvy, jeans atau seluar skinny adalah pilihan tepat.
Sumber Majalah EH