Seorang lelaki telah membeli semua tiket wayang di pawagam pada Hari Kekasih kerana anti dengan Hari Kekasih dan kerana itu, filem Beijing Love Story yang ditayangkan di pawagam dalam pusat membeli belah di Xintiandi hanya menawarkan tempat duduk ganjil. Lelaki yang hanya dikenali melalui nama samaran internetnya UP, menggelar dirinya sebagai seorang ‘computer nerd ‘ kepada Shanghai Morning Post.
Selepas berpisah dengan dengan teman wanitanya pada tahun lepas, lelaki ini tidak lagi mempunyai minat untuk bercinta. UP juga berkata kepada akhbar berkenaan yang ‘misi’ nya ini bukan senang untuk direalisasikan. Beliau pada mulanya tidak berjaya menempah melalui online kerana sistem tidak membenarkan reserve tempat duduk secara ganjil dan beliau juga tidak mempunyai wang yang cukup.
Akhirnya beliau menerima cadangan seorang kawannya yang mencadangkan untuk melancarkan kempen crowfunding di internet dan dia berjaya mengumpulkan dana tersebut daripada kawan-kawan internetnya yang masih single. Beliau bagaimanapun berharap yang semua pasangan dapat menerima perbuatannya itu sebagai satu gurauan sahaja. – Via