Kempen tahunan ‘Prosperity Gives Back’ McDonald’s tahun ini telah berjaya meraih RM150,000 untuk 70 badan kebajikan di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan empat tahun lalu, kempen ini telah menggalakkan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menyumbangkan sejumlah RM1 juta kepada golongan yang memerlukan.
Kempen ‘Prosperity Gives Back’ yang diadakan pada hujung minggu 18 Januari tahun ini telah melibatkan sumbangan sebanyak RM1 daripada setiap hidangan Prosperity yang dijual di restoran-restoran McDonald’s kepada dana ini. ‘Radio cruisers’ yang terkenal juga telah melawat cawangan-cawangan terpilih untuk memberikan Sampul Hadiah Prosperity yang mengandungi token wang tunai bagi pelanggan-pelanggan yang menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat. Rakyat Malaysia juga digalakkan untukmenghantar pesanan yang kreatif dan lucu dengan menyertakan hashtag #prosperitytogether di Facebook, Twitter dan Instagram kepada keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang untuk mengeratkan dan mengukuhkan hubungan sesama mereka.
Stephen Chew, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia berkata,
“McDonald’s sememangnya komited dalam membantu golongan yang memerlukan dan ini dapat dilihat melalui kempen ‘Prosperity Gives Back’. Kami sungguh gembira kerana telah berjaya mengumpul sebanyak RM1 jutasejak 4 tahun ini bersama rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kami berharap sumbangan tahun ini akan memberi manfaat kepada 70 badan kebajikan tempatan termasuklah rumah anak-anak yatim dan warga emas serta golongan kurang upaya fizikal, yang telah dikenal pasti melalui rangkaian restoran-restoran kami di seluruh negara.”
Tahun ini, kempen ‘Prosperity Gives Back’ membawa tema “Prosperity Together” atau “Kemakmuran Bersama” yang berdasarkan satu kebenaran: individu dan masyarakat boleh bersatu untuk mengubah hidup dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk golongan yang memerlukan. Kempen tahunan PGB bukan sekadar memberi ruang untuk rakyat Malaysia membantu golongan yang kurang bernasib baik, tetapi juga menggalakkan mereka memulakan tahun 2014 secara positif dengan mengeratkan kembali hubungan bersama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang dengan berkongsi Hidangan Prosperity.