Sejenis coli yang hanya terbuka apabila bertemu dengan cinta sejati telah dicipta oleh seorang warga Jepun dan coli tersebut diberi nama “True Love Tester”. Adrenalin apabila seseorang dilamun cinta . Satu sensor dipasang untuk memantau denyutan nadi si pemakai untuk memastikan tali coli dibahagian depan dikunci kecuali ‘adrenalin cinta’ dikesan dan coli akan terbuka secara automatik.
Menurut pembuat pakaian dalam di Jepun berjenama Ravijour, pabila seseorang wanita teruja, adrenal [kelenjar] sumsum belakang merembeskan catecholamine, yang memberi kesan kepada saraf secara automatik, dan merangsang kadar jantung. Sensor akan membaca kadar jantung wanita dan menghantarnya ke aplikasi khas melalui Bluetooth untuk dianalisis.
Aplikasi itu akan mengira Kadar Cinta Sejati berdasarkan perubahan kadar jantung dari semasa ke semasa. Apabila melebihi nilai tertentu, cangkuk coli dibuka. Yang menghairankan, peranti ini telah dicipta oleh dua orang lelaki akan tetapi ia tidak akan dijual di kedai-kedai. Sebaliknya, ia ditawarkan sebagai hadiah utama pertandingan yang diadakan untuk meraikan ulang tahun kesepuluh Ravijour , bagi pelanggan yang menghabiskan ¥ 5,000 (RM150 ) atau lebih.