Suatu masa dahulu, dia antara penyanyi seksi di Malaysia tetapi kini dia sudah mengenakan hijab, nampak lebih berseri dan cantik. Yang terbaru mengenai Mizz Nina, dia dikatakan tidak lagi mahu mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki. Menerusi Berita Harian, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa, sebaliknya atas kehendak sendiri.
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya. Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” ujarnya.
Sejujurnya, kami bangga dengan pendirian Mizz Nina. Semoga Mizz Nina akan terus bersemangat dan istiqamah dalam kehidupannya.