Ingin kelihatan seperti artis Korea atau orang Korea senang sahaja, hanya perlu ikut 5 perkara ini sahaja. Anda lihat artis wanita Korea, 5 perkara ini memang mereka fokuskan. Apa dia?
MEKAP NUDE
Mekap mereka bila dilihat seperti tidak pakai mekap, nampak sangat natural atau asli. Tapi sebenarnya mereka juga memakai mekap cuma mereka menggunakan mekap natural sahaja agar kelihatan asli. Untuk dapatkan kesan mekap natural perlu gunakan warna mekap yang natural juga. Sebagai contoh, penggunaan eyeliner hitam atau coklat untuk mata, pemerah pipi kekal dengan warna merah jambu atau oren. Bagi bibir pula, gunakan gincu yang nipis. Untuk wajah gunakan BB Cream atau CC Cream yang hasilnya kelihatan lebih natural berbanding dengan menggunakan foundation.
AEGYO SAL (KANTUNG MATA)
Sebelum ini penulis telah menulis artikel berkaitan trend Aegyo sal di Korea. Rata-rata wanita mahupun lelaki sangat menyukai trend aegyo sal yang mampu membuatkan mata lebih besar dan galak. Ada tiga cara bagi mendapatkan aegyo sal iaitu cara operasi, solekan dan juga membeli alatan khas.
KULIT PUTIH, CERAH DAN BERCAHAYA
Sememangnya kita tahu orang Korea dan pembedahan plastik tidak dapat dipisahkan. Mereka mungkin mengambil suntikan khas bagi mendapatkan kulit wajah yang glowing. Kerana tiada yang mustahil di Korea. Walaubagaimanapun, bagi memastikan ianya berterusan, mereka juga perlu melakukan rawatan kulit muka. Teknik solekan juga mampu menghasilkan kulit wajah yang glowing, anda boleh aplikasikan BB Cream atau CC Cream yang sesuai dengan muka.
BIBIR MERAH MEREKAH
Jika anda lihat di kaca televisyen, pasti anda cemburukan bibir merah merekah mereka. Kiranya sangat cantik dan comel sangat. Bagaimana ingin dapatkan bibir sedemikian? Senang sahaja, anda boleh dapatkan lip tint ataupun gincu cuma kesan lip tint lebih kekal lama berbanding gincu. Ada pelbagai jenis lip tint dijual di pasaran, salah satu yang popular di Malaysia ialah jenama Peripera yang boleh anda dapatkan di Guardian mahupun Watson. Hanya perlu pakai di bahagian dalam bibir, kemam dan lihat perubahan bibir anda ikut warna yang anda pilih. Anda tidak perlu lagi mengenakan gincu bibir bila mengenakan lip tint.
KENING TEBAL DAN RATA(TIADA BENTUK)
Trend kening Korea adalah tebal dan rata. Kening sebegini mampu membuatkan wajah nampak lebih manis dan jelita. Kadang-kala kening tebal dan rata ini persis watak animasi Sin Chan.