Sering kita lihat buah-buahan yang kita beli mempunyai label, sering tertanya apa maksud label tersebut. Kadang-kala kita langsung tidak menghiraukan maksud bar code buah-buahan tersebut. Biasanya kita akan memilih yang segar-bugar dan sedap dipandang mata. Jarang kita menilik pelekat kod bar yang ada pada buah tersebut. Apa kata kali ini kita ketahui maksudnya.
Sistem label ini sebenarnya ringkas sahaja, iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubahsuai genetik.
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
2) Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ini bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).
3) Manakala jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan. – VIA