Bagi yang belum menonton filem Paranormal Activity:Marked Ones, silalah menontonnya kerana filem ini menjanjikan kelainan dan penuh dengan adegan suspen. Setiap babak banyak adegan suspen yang langsung tidak disangka-sangka, adegan suspen lebih menakutkan berbanding Paranormal Activity 1, 2, 3, 4.
Filem arahan Christopher Landon, “Paranormal Activity: The Marked Ones” ini mengisahkan satu siasatan terhadap penganut Katolik yang disyaki mempunyai roh jahat. Filem ini bermula dengan sebuah party di Oxnard, California pada Jun 2012. Selepas seorang wanita mati di sebuah rumah, beberapa orang yang menghadiri parti tersebut telah mengambil sebuah kamera untuk menyiasat. Mereka menemui beberapa barang yang berkaitan dengan upacara sihir termasuk pita yang hilang dari “Paranormal Activity 3”. Apabila Jesse menemui kesan di lengannya, dia mula dikacau oleh roh jahat dan pada masa yang sama, ahli keluarganya dan rakan-rakan cuba menyelamatnya.
- Klasifikasi: 18
- Genre: Seram
- Tarikh Tayangan: 2 Januari 2014
- Bahasa: English
- Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
- Pengarah: Christopher Landon
- Pelakon: Andrew Jacobs, Richard Cabral, Carlos Pratts