Oleh kerana kecuaian pengasuh taska, bayi berusia empat bulan meninggal dunia. Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambil jam 2.15 petang selepas kerja.
Bayi empat bulan itu, Azeem Rifhan dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur. Melihat keadaan anak kelimanya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun sudah diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.
Rossmaine menghantar anaknya pada jam 7.15 pagi dan ambil selepas kerja, ketika mengambil dari tangan pengasuh, terkejut apabila merasakan tangan Azeem mengeras dan tiada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk. Bila ditanya pada taska, mereka tidak tahu menahu sebab anaknya tidak bergerak dan terus ke hospital.
Doktor mengesahkan Azeem sudah meninggal dunia antara jam 11 hingga 12 tengah hari tanpa disedari pengasuh. Difahamkan, kematian bayi malang itu bukan disebabkan tersedak susu kerana pemeriksaan mendapati susu atau cecair yang berada di dalam kerongkong bayi itu sangat sedikit.
Rossmaine jelaskan dia cuba menghubungi pemilik taska tetapi tidak berjaya/gagal. Bukan itu sahaja, suami kepada pemilik taska juga berjanji untuk datang hospital tapi langsung tidak muncul. Menurut Rossmaine, dia amat kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana pihak taska seolah-olah lepas tangan dan langsung tidak mengambil berat terhadap apa yang terjadi, yang teruk lagi tidak menyedari kematian bayinya.
Untuk pengetahuan anda, Taska Desa Pinggiran Putra, Putrajaya hanya mempunyai dua pengasuh untuk menjaga puluhan bayi dan kanak-kanak. – mymetro