Portal Liveandinvestoverseas.com telah menyenaraikan 10 negara yang mempunyai bilangan pelacur paling ramai di dunia. Artikel yang ditulis oleh Denis Foynes turut mendedahkan terdapat lebih daripada 25 syarikat yang memberi perkhidmatan pelancongan untuk seks yang berpusat di Miami , New York, dan San Diego. Berikut adalah sepuluh negara dengan pekerja seks yang paling ramai untuk setiap 10,000 orang penduduk. Setiap tahun , kira-kira 3 juta orang menggunakan perkhidmatan pelancongan untuk seks dan angka ini dijangka semakin meningkat .
Menurut laman web Procon.Org, industri pelacuran adalah sah di sisi undang-undang di lebih 50 buah negara di dunia, dikawal di 11 buah negara dan haram di 39 buah negara. Pelacuran adalah haram di Malaysia. Permintaan untuk pelacuran telah mewujudkan satu masalah di mana ada bapa ayam yang mendapat bekalan wanita yang dijadikan pelacur dari Rusia, China, Vietnam dan beberapa buah negara miskin. Selain itu juga, perniagaan pelacuran dan menjadi bapa ayam adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang. Di Malaysia nisbah pelacur adalah 52 orang berbanding 10,000 orang penduduk dan ini bermakna, jika penduduk Malaysia ada 25 juta orang orang, bilangan pelacur di Malaysia dianggarkan berjumlah 130,000 orang.
1. Venezuela
Bilangan : 119 pekerja seks bagi setiap 10,000
Keadaan ekonomi yang lemah di negara ini telah meningkatkan bilangan pelacur sehingga tiga kali ganda dan hanya satu perlima daripada pekerja seksual itu sebenarnya dilahirkan di Venezuela. Pelacuran di Venezuela adalah sah di sisi undang-undang dan dikawal selia. Hukuman yang melibatkan pelacur bawah umur dalam kancah pelacuran adalah penjara 3 hingga 6 tahun.
2. Korea Selatan
Bilangan : 110 pekerja seks bagi setiap 10,000
Walaupun terdapat sekatan undang-undang , industri pelacuran terus berkembang di Korea Selatan.
3. Peru
Bilangan : 102 pekerja seks bagi setiap 10,000
Pelacuran adalah sah mengikut undang-undang untuk wanita lebih 18 tahun jika mereka mendaftar dengan pihak berkuasa perbandaran dan membawa sijil kesihatan dan rumah pelacuran mesti dilesenkan . Malangnya, pelacuran kanak-kanak di Peru telah meningkat dua kali ganda sejak akhir-akhir ini.
4. Filipina
Bilangan : 85 pekerja seks bagi setiap 10,000
Kerajaan Filipina menawarkan perkhidmatan” bargirls “. Gadis di sini sering memakai tag ID ” bargirl ” di tempat awam, dan sentiasa diuji dengan saringan STD.
5. Nigeria
Bilangan : 63 pekerja seks bagi setiap 10,000
Pasaran pelancongan seks untuk wanita dewasa dari negara barat yang bercerai semakin meningkat di negara ini.
6. China
60 pekerja seks bagi setiap 10,000
Bilangan : Pelacuran adalah haram di negara China. Beberapa orang penyelidik menganggarkan bahawa terdapat seramai 10 juta pelacur yang aktif di China pada waktu tertentu yang menyumbang sebanyak lima peratus kepada KDNK tahunan negara kerana kebanyakan pendapatan yang diperoleh, walaupun tidak dikenakan cukai , kembali ke dalam sektor ekonomi melalui penggunaan.
7. Brazil
Bilangan : 53 pekerja seks bagi setiap 10,000
Perkhidmatan pelacuran secara peribadi (seks untuk wang) di Brazil adalah sah di sisi undang-undang, tetapi adalah menyalahi undang-undang untuk menjalankan perniagaan pelacuran atau mengambil pelacur sebagai pekerja.
8. Malaysia
Bilangan : 52 pekerja seks bagi setiap 10,000
Pelacuran adalah industri besar di Malaysia terutamanya di bandar utama. Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia di dalam senarai hitam negara-negara dengan kes paling teruk perdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia, termasuk pelacuran kanak-kanak.
9. Jerman
Bilangan : 49 pekerja seks bagi setiap 10,000 orang
Tidak seperti negara-negara Kesatuan Eropah yang lain , industri pelacuran termasuk pelacuran di jalanan, tersebar luas serta teratur dan sah di sisi undang-undang di Jerman.
10. Thailand
Bilangan : 45 pekerja seks bagi setiap 10,000 orang
Pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand , bagaimanapun ia boleh ditoleransi oleh masyarakat tempatan dan ada perniagaan pelacuran yang dikawal selia.