Sehubungan dengan kempen I GOT THIS, Adidas cuba menerapkan aura berani, kuat dan berkuasa demi menarik perhatian sebanyak mungkin wanita diluar sana.
Disamping itu, kempen ini juga bertujuan memberi gambaran yang jelas bagaimana seorang wanita yang aktif bisa menjalankan rutin harian mereka sebagai seorang atlet yang tersendiri.
Kempen Adidas I GOT THIS Malaysia menampilkan beberapa duta atlet yang terkemuka tanah air antaranya Sarah Lian, Sharifah Sakinah, Joanne Yew, Ann Osman, Pamela Chong, Megan Tan, Nor Soraya dan ramai lagi.
I GOT THIS menyelami kehidupan aktif seorang wanita yang sentiasa komited dalam melakukan rutin senaman harian yang dikongsikan melalui platform media sosial.
Para wanita Malaysia juga dialu-alukan untuk menyertai sebuah majlis kasual anjuran I GOT THIS pada 17 Januari ini dimana setiap seorang daripada anda berpeluang untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh bersama para duta atlet Adidas I GOT THIS Malaysia!
Apa makna kempen Adidas jika tidak menayangkan koleksi terbaharunya itu. I GOT THIS bakal membawakan koleksi Musim Bunga/Panas 2016 khas buat wanita sambil mengetengahkan perincian seperti corak cetakan berani serta palet warna garang.
Dari bra sukan, kasut, celana ketat, tikar bersenam, jaket sehinggalah T-shirt yang dibuat daripada material senang lentur serta menyerap peluh, membuatkan kulit dibawah pakaian senang untuk bernafas. Ternyata, kesemua itu adalah merupakan seragam penting untuk mengiringi gaya hidup aktif seorang wanita.
Koleksi Musim Bunga/Panas Adidas untuk wanita 2016 menawarkan keperluan wanita aktif yang unik, membolehkan seseorang melakukan rutin senaman dengan penuh keyakinan diri. Kini, koleksi berkenaan boleh didapati di butik Adidas seluruh negara mahupun secara atas talian.
https://www.youtube.com/watch?v=O8TgVKtRB28&noredirect=1
Untuk maklumat lanjut, sila layari shop.adidas.com.my atau kunjungi laman Facebook Adidas Malaysia di www.facebook.com/adidasMY