Watsons terus mempergiat usaha menyediakan produk kecantikan berasaskan ramuan kesihatan untuk masyarakat Malaysia. Baru-baru ini bertempat di Kuala Lumpur Bird Park, Watsons mengundang beberapa personaliti televisyen tanah air untuk turut serta dalam majlis pelancaran semula rangkaian penjagaan rambut dan badan Naturals oleh Watsons.
Rangkaian popular berkenaan terdiri daripada Olive, Argan Oil, Blood Orange, Prestige Rose dan Marula Oil.
“Kelima-lima rangkaian produk Naturals telah berada selama dua tahun di pasaran, dan sudah pasti, ia mendapat sambutan yang menggalakan daripada para pengguna kerana kandungan ramuan positif yang terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan serta bahan-bahan semula jadi yang memang tidak dinafikan kebaikannya”, jelas Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia.
Produk boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia pada harga bermula RM11.90 – RM24.90.
Seperti yang ramai tahu, Argan Oil kaya dengan khasiat untuk rambut dan kulit, harga yang ditawarkan diluar sana bagi mendapatkan satu botol kecil Argan Oil adalah sungguh mahal. Tetapi dengan adanya rangkaian Argan Oil daripada Naturals oleh Watsons, semua orang kini mampu menikmati kebaikannya. Watsons menawarkan harga jauh lebih berpatutan untuk produk Naturals yang boleh dikatakan lumayan.
Daripada krim mandian, skrub badan, losyen, krim tangan hinggalah ke syampu, masker rambut dan serum rambut, semuanya lengkap mampu memberi manfaat yang sewajarnya kepada individu yang menggunakannya.
Di akhir majlis, para pengamal media yang hadir diberi peluang untuk menyertai aktiviti mencari harta karun berlatarkan kawasan hijau yang mendamaikan dalam taman burung. Terdapat lima kumpulan yang masing-masing diketuai oleh personaliti televisyen Deanna Yusoff, Reem Shahwa, Mark O’Dea, Michelle Lee dan Luke Loke.
Kesemua kumpulan mewakili setiap satu rangkaian daripada Naturals dan telah dimenangi oleh kumpulan Blood Orange yang diketuai pengacara televisyen terkemuka Michelle Lee. Ahli kumpulan pemenang menerima point bernilai RM100 yang dikredit ke dalam kad VIP Watsons mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watsons.com.my