Pelakon dan penyanyi Korea, Siwon Choi bersama-sama dengan supermodel antarabangsa, Liu Wen dipilih sebagai wajah baharu untuk kempen H&M Tahun Baru Cina tahun 2016.
Pernah bekerjasama dalam rancangan realiti popular ‘Let’s Fall in Love’, pasangan ini akan dipaparkan pada kempen outdoor, print dan online, meraikan cinta untuk koleksi H&M Tahun Baru Cina.
“Saya amat teruja untuk kempen ini. Di Korea, kami juga akan meraikan Spring Festival! Ia adalah masa di mana kita berkumpul dengan orang tersayang untuk bertukar-tukar hadiah dan pakaian tradisional Korea, Hanbok dipakai ketika ini. Saya juga berharap chemistry bersama Liu Wen benar-benar akan mencerminkan kasih sayang untuk Spring Festival,” jelas Siwon.
“Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang besar disambut oleh semua orang Cina di seluruh dunia. Saya bangga menjadi sebahagian daripada kempen serantau H&M, lebih-lebih lagi sempena musim perayaan khas. Melalui kempen ini, kami dapat memberikan kasih sayang dan kebahagian dalam perayaan,” kata Liu Wen.
Didapati dari 28 Januari 2016, koleksi itu akan dilancarkan secara eksklusif di 9 pasaran di Asia: China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.