Terkini, bermula September, harga petrol RON95 dan RON97 akan diturunkan sebanyak 10 sen manakala harga Diesel akan diturunkan sebanyak 15 sen.
Berikut adalah senarai terbaru petrol & diesel mulai September:
- RON95 – RM 1.95 / liter
- RON97 – RM 2.35 / liter (termasuk GST)
- Diesel – RM 1.80 / liter
Bagi diesel EURO 5 yang baru diperkenalkan pula, harga adalah RM 1.95 per liter. Harga tersebut disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak.