Jika sebelum ini anda perlu mengerutkan muka untuk mencukur setiap helai rambut di sekeliling kontur wajah, kini ada penyelesaian untuk anda. Gillette, peneraju penjagaan pencukur dan perintis industri, meningkatkan tahap inovasi sekali lagi dengan pelancaran Fusion ProGlide baru dengan Teknologi FlexBall™.
Diilhamkan dari “Wajah Bercukur” (tabiat lelaki mengerut dan meregang muka untuk memastikan pencukur dapat menyentuh keseluruhan wajah), Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ merupakan pencukur pertama Gillette yang direka khas untuk berputar dan mendakap kontur wajah lelaki. Ia bertindak balas dengan kontur wajah untuk sentuhan maksimum dan mencapai setiap helai rambut, memberikan pengalaman bercukur yang dipertingkatkan sepenuhnya.
Ciri-ciri utama Fusion ProGlide baru dengan Teknologi FlexBall
- Dok pemegang yang direka semula, membolehkan bilah pencukur meluncur dengan pergerakan penuh, bertindak balas kepada kontur dan mengekalkan sentuhan maksimum untuk mencapai setiap helai rambut.
- Lebih mengikut lengkungan wajah untuk mencapai setiap helai rambut untuk kulit yang lebih licin.
- Putaran 4 hala untuk sentuhan yang lebih baik dengan setiap lengkungan wajah lelaki.
- Pegangan yang lebih ergonomik untuk kawalan yang lebih baik.
- Bilah pisau cukur daya potongan rendah yang direka semula dengan hujung yang lebih nipis dan halus dengan lapisan rendah rintangan untuk memudahkan cukuran dan mengurangkan tarikan.
- Boleh dipertingkatkan dengan produk tambahan – Gel Pencukur Fusion ProGlide Sensitive – yang membantu menyediakan kulit untuk cukuran yang lebih lancar dan selesa.
Proglide Flexball Manual Razor – RM35.90
Proglide Flexball Power Razor – RM46.90