Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM500,000 yang merangkumi 56 barangan mewah apabila anda membeli-belah secara online sepanjang kempen #CheckIn2Win yang bermula dari 23 hingga 30 Jun depan.
Kempen yang diadakan di laman web Reebonz memberi peluang kepada para peserta dari seluruh dunia untuk memenangi pelbagai hadiah tanpa had dengan memilih satu tempat duduk pada simulasi laman tempahan penerbangan.
Kempen itu merupakan satu kejutan buat pelanggan yang lebih fokus kepada barangan mewah serta ingin mencari tawaran terbaik untuk membeli beg tangan, kasut dan produk kulit bersaiz kecil yang asli, sempena musim perayaan ini.
“Kempen kami pada bulan Jun ini direka untuk memeriahkan lagi cuti musim panas dan keterujaan ‘balik kampung’. Simulasi merancang tempat duduk di dalam pesawat sememangnya satu ingatan yang sempurna mengenai keseronokan yang bakal dinikmati semasa bercuti, bertemu dengan ahli keluaga dan rakan-rakan, serta lari dari kebiasaan. Para peserta boleh memilih mana-mana tempat duduk yang mereka suka dan memenangi hadiah secara serta-merta. Tidak seperti kebanyakan peraduan yang semua orang boleh memenangi sesuatu, ia sememangnya menawarkan peluang yang mengujakan pada cuti musim panas ini,” kata Pengarah Besar Negara Reebonz Malaysia, Tang Siew Wai.
Mana-mana tempat duduk yang dipilih dari pukul 10am hingga tengah malam menawarkan hadiah pasti menang. Ia boleh ditebus untuk mendapatkan penjimatan lebih besar daripada jualan online Reebonz. Bukan itu sahaja, lapan peserta bertuah pada setiap hari berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000 dalam kempen yang berlangsung selama seminggu ini. Kejutan-kejutan berbeza akan diberikan pada setiap hari. Sekali gus mengalakkan semua peserta supaya terus mencuba nasib untuk memenangi hadiah membeli-belah yang lebih besar.
Untuk maklumat lanjut dan mengambil bahagian, sila layari laman web: www.reebonz.com.my.