Selfie-hand yang direka oleh artis Justin Crowe dan Aric Snee ini akan memastikan anda tidak perlu untuk mengambil gambar selfie berseorangan lagi selepas ini. Pasti, anda masih kesepian, tetapi selfie anda akan kelihatan seperti rakan anda yang mengambilkan gambar untuk anda!
Percaya ataupun tidak, projek itu adalah sebahagian daripada inovasi selfie stick yang dilihat telah menambat hati peminat selfie seluruh dunia. Selfie-arm ini diperbuat daripada gentian kaca, ringan dan mudah alih, dan hanyalah prototaip.