Melihat perubahan fizikal dirinya lebih-lebih lagi pada bibir, mungkin ramai berkata ‘she got fillers or surgery‘ tetapi tahukah anda ianya merupakan kuasa mekap. Malah, Kim Kardashian mendedahkan rahsia Kylie miliki bibir besar dan tebal sedemikian disebabkan kuasa mekap.
Satu trend terbaru internet yang dimulakan oleh hashtag #kyliejennerchallenge menyaksikan ramai remaja melakukan eksperimen membesarkan bibir mereka.
Trend yang semakin menular di Facebook dan Twitter tersebut memerlukan ‘penyahut cabaran’ menekup cawan di bibir mereka dan menyedut sehingga bibir mereka menjadi besar. Tindakan mereka itu bagaimanapun menerima kutukan pelayar alam maya yang menyifatkan ia perbuatan menjijikkan.
‘Stop with that Kylie Jenner challenge it’s so gross,’
‘I hate our generation. It’s so dumb. Like you guys are really sticking your lips in small cups,’
‘Do people not realise they’re bursting blood vessels?’
Kesudahannya, cabaran tersebut menyusahkan diri mereka sendiri. Terdapat segelintir pelayar yang melakukan aksi tersebut mula risau selepas bengkak di bibir mereka tidak surut walaupun sudah memakan masa lebih dari seminggu.