Puding karamel adalah sejenis makanan pencuci mulut yang sangat sedap. Terdapat pelbagai jenis puding karamel antaranya ialah puding karamel gula hangus, puding karamel kastad, puding karamel berlapis, puding karamel pelangi, puding karamel coklat dan macam-macam lagi. Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni..puding karamel amat sesuai dijadikan santapan untuk menyejukkan badan dan mood kita. Puding karamel juga banyak dijual diluar terutama sekali sewaktu bulan ramadhan namun kadang-kadang kira kurang berpuas hati dengan rasanya yang mungkin kurang menepati selera kita. Jadi penyelesaiannya, apa kata kita cuba buat sendiri kerana melihat gambarnya sahaja sudah kecur air liur kita kan? Kali ini, penulis ingin berkongsi lagi resipi yang amat mudah untuk menyediakan puding karamel gula hangus macam muka saya. Jom kita masak!
Bahan-bahan:
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
Bahan-bahan untuk karamel (gula hangus):
4 sudu gula pasir
sedikit air
Cara-cara membuat:
1) Masukkan 4 sudu gula pasir bersama-sama sedikit air ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana sehingga warna gula bertukar keperangan.
2) Masukkan gula hangus tadi ke dalam loyang dan ketepikan.
3) Dengan menggunakan bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang, masukkan susu cair dan susu pekat manis bersama-sama dengan esen vanilla dan kacau sebati.
4) Panaskan sedikit adunan telur tadi tetapi jangan sampai mendidih.
5) Masukkan kesemua adunan telur ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukus selama 35 minit atau sehingga puding betul-betul masak.
Siap! Lebih sedap jika dimakan sejuk. Mudah kan?
Selamat mencuba..