Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak yang terbaik di dunia kini merupakan duta dunia terbaru Sacoor Brothers. Dengan bakat yang istimewa serta kesungguhan dan dedikasi yang tersendiri, Cristiano Ronaldo membawakan nilai-nilai kreatif dan aspirasi kepada Sacoor Brothers yang hanya boleh disampaikan oleh personaliti yang memiliki identiti yang kuat dan salah satu tahap penghargaan dunia yang tertinggi sepertinya.
“Saya sangat gembira dengan projek yang sedang kami mulakan ini. Saya dapat melihat diri saya di dalam nilai-nilai jenama ini. Komitmen, kejayaan, profesionalisme, peningkatan berterusan,” jelas Cristiano Ronaldo, yang baru selesai menjalani penggambaran di Madrid untuk koleksi musim bunga – panas Sacoor Brothers 2015.
Selama 25 tahun, Sacoor Brothers telah berkembang dengan menakrifkan trend dan menginovasi perkhidmatan dan produk. Dengan personaliti yang boleh mendekati pengguna, jenama ini menampilkan keanggunan dan sofistikasi serta mempunyai kod tersendiri yang menjadikannya jenama yang premium dan sesuai untuk semua.