Buat julung kalinya di Malaysia, Hi-5 World telah melancarkan Hi-5 House of Learning (Hi-5 HOL), pusat pra-sekolah yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Hi-5 House of Learning adalah pusat pendidikan prasekolah pertama di dunia yang menggabungkan klip-klip video, lagu-lagu dan kisah-kisah dari program televisyen kanak-kanak terkemuka, Hi-5.
Hi-5 HOL menawarkan pendekatan bermain sambil belajar dan kaedah penemuan, khusus untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 9 tahun. Melalui kaedah-kaedah berikut, kanak-kanak dapat mengalami dunia Hi-5 di dalam kelas dan secara tidak langsung membina asas kemahiran penting untuk persediaan ke sekolah rendah.
Kaedah pembelajaran bersepadu yang dicipta oleh Dr Catherine Martin, Helen Martin dan Julie Greene (panel penasihat pendidikan kanak-kanak Hi-5) pasti memenuhi citarasa ibubapa yang ingin mendedahkan anak-anak mereka kepada kurikulum yang komprehensif.
Kurikulum Hi-5 mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner serta teori perkembangan kognitif yand diperkembangkan oleh Jean Piaget. Hi-5 HOL menerapkan klip-klip video, lagu-lagu, kisah-kisah dari program terkenal Hi-5 untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.
Apa yang membezakan Hi-5 HOL dari prasekolah-prasekolah yang lain:
Model pembelajaran uniknya yang kaya dengan aktiviti-aktiviti pendidikan yang menyeronokkan. Setiap minggu, Hi-5 HOL akan menayangkan klip video yang difilemkan khusus oleh ahli-ahli Hi-5 buat tatapan para pelajar. Seperti di dalam program Hi-5, para pelajar Hi-5 HOL akan meneroka 5 segmen pendidikan sepanjang minggu.
- Isnin adalah hari Shapes and Space yang menitikberatkan pendidikan visual
- Selasa adalah Hari Wordplay yang memberi fokus kepada pembelajaran Bahasa Inggeris
- Rabu adalah Puzzle and Patterns iaitu hari pempelajaran logik dan konsep matematik
- Khamis adalah Making Music dimana kanak-kanak dapat mengenal rentak, irama dan muzik
- Jumaat adalah Sharing Stories dimana kanak-kanak dapat bertukar pendapat dan berkongsi cerita disamping membina kesedaran sosial dan emosi.
Hi-5 HOL menawarkan program Prenursery, Nursery dan pelbagai kelas-kelas tambahan yang sejajar dengan minat kanak-kanak yang berlainan dari satu sama lain.
Hi-5 HOL terletak di dalam kawasan seluas 100,00 meter persegi di Bukit Damansara dan mengandungi kemudahan seperti taman permainan indoor dan outdoor, sistem kolam renang air garam, dinding panjat tebing (rock climbing), bilik gimnastik, bilik muzik, kafe, dapur untuk kelas memasak dan kafe.
Layari http://school.hi-5world.com untuk maklumat terkini mengenai HI-5 HOL. Daftar segera untuk memaksimakan potensi anak anda.