Tahniah diucapkan buat pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atas kelahiran anak pertama mereka iaitu seorang bayi perempuan. Wajah comel anak perempuan pasangan itu telah disiarkan melalui rancangan HLive! Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas kelahiran pada jam 2.18 petang tadi secara normal di Pusat Perubatan Ampang Puteri. Malah, wajah Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.
Sumber: Beautifulnara
Geram pula tengok anak Che Ta dan Zain ni! Comel sangat! Untuk pengetahuan anda semua, nama bayi Che Ta dan Zain hanya akan didedahkan pada rancangan HLive! minggu hadapan. Kami di Wanista memang tidak sabar menunggu apakah nama bayi yang comel ini. Sekali lagi tahniah diucapkan!