Seorang penyampai berita dari stesyen televisyen Alaska , KTVA-TV , telah mengejutkan penontonnya apabila penyampai berita stesyen tersebut mendedahkan identiti pemilik satu perniagaan ganja, kejutannya adalah individu tersebut adalah dirinya sendiri.
“Everything you’ve heard is why I, the actual owner of the Alaska Cannabis Club, will be dedicating all my energy toward fighting for freedom and for fairness, which begins with legalizing marijuana here in Alaska,” (saya adalah pemilik sebenar Alaska Cannabis Club dan akan mendedikasikan seluruh tenaga saya untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan, yang bermula dengan menghentikan pengharaman ganja di Alaska)
Penyampai berita dan juga wartawan itu Charlo Greene membuat pengakuan ketika masih berudara sebelum mengumumkan bahawa dia akan berhenti kerja.
“And as for this job, well not that I have a choice, but f— it, I quit. (Dan untuk pekerjaan ini (penyampai berita) , saya punya pilihan tapi **** saya berhenti )
Dia kemudiannya keluar dari frame kamera . Pengarah Berita KTVA Bert Rudman telah memohon maaf atas “bahasa tidak sesuai” yang digunakan Greene dan berkata dia telah ditamatkan perkhidmatan dalam kenyataannya pada hari Ahad lalu . Rudman juga memohon maaf untuk kesalahan etika Greene.
Memang berani mati betul buat pengakuan macam ni. Secara langsung pulak tu. Perkara yang tak sepatutnya berlaku ketika siaran langsung penyampaian berita seperti ini bukanlah pertama kali berlaku, tapi selalunya berlaku kerana tak sengaja atau tersasul cakap. Tapi rasanya yang ini memang seperti dirancang . Cuba anda tonton sendiri.