Seorang wanita India dipercayai mempunyai kehamilan ektopik yang terlama di dunia selepas doktor mengeluarkan rangka bayi yang berada dalam tubuhnya selama hampir empat dekad.
Jyoti Kumar, dari Madhya Pradesh di tengah India, hamil pada usia 24, pada tahun 1978. Pada ketika itu, doktor memberi amaran kepadanya bahawa anak dalam kandungan mempunyai peluang tipis untuk hidup, selepas didapati mengandung luar rahim
Takut untuk menjalani pembedahan , dia melarikan diri dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kecil.
Beberapa bulan kemudian apabila kesakitan reda, Kumar yakin masalah tersebut telah dirawat. Tetapi 38 tahun kemudian, dia kini yang berusia 62 tahun mula mengalami kesakitan yang berterusan di bahagian perut .
Dia kemudiannya berjuma doktor di NKP Salve Institut Sains Perubatan, di pusat bandar Nagpur India. Di sana, satu pasukan pakar bedah, termasuk Dr Mohammad Yunus Shah, berusaha untuk mengeluarkan tulang-tulang anak beliau yang mati di dalam perut dahulu. Keadaan tersebut dikesan melalui imbasan MRI yang dibuat kerana pada mulanya doktor mengesyaki yang dia menghidap kanser.
[ Sumber ]