Selepas Rihanna dan Selena Gomez, kini salah seorang ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik menyokong perjuangan rakyat Palestin. Walaubagaimanapun, Zayn Malik dilaporkan telah menerima kecaman dan ugutan bunuh daripada peminat Israelnya.
Zayn memuat naik status ‘FreePalestine’ dalam usahanya menyokong rakyat Palestin yang tertindas disebabkan kezaliman tentera zionis, status penyanyi kacukan British-Pakistan telah diulang tweet sebanyak lebih daripada 250,000 kali oleh peminatnya dari serata dunia.
Beberapa orang peminat yang menyokong Israel melahirkan rasa kecewa terhadap Zayn dengan menulis:
“Are you still alive? You should be dead by now and kill yourself.” (Adakah anda masih hidup? Anda harus mati sekarang dan membunuh diri sendiri.”)
“You and your family need to die.” (“Anda dan keluarga anda perlu mati.”)
Difahamkan Zayn, bukanlah selebriti antarabangsa yang pertama menerima kecaman bunuh daripada peminat mereka. Rihanna juga berhadapan dengan ugutan sedemikian. Sebelum ini penyanyi seksi Rihanna pernah dilaporkan memutnaik status dengan hashtag #FreePalestine di akaun Twitternya, namun bagaimanapun status tersebut telah dipadamkan lapan minit kemudian. Memetik laporan The Telegraph, Rihanna menafikan yang dia telah menulis status itu dan status tersebut telah dipos secara “tidak sengaja” dan beliau hanya menyedari perkara tersebut setelah menerima tweet balas dari pengikut-pengikutnya.
Selain itu, pasangan Javier Bardem dan Penelope Cruz menulis surat terbuka mengecam serangan Israel ke atas Palestin yang disifatkan penghapusan kaum. Pasangan suami isteri itu menggesa agar gencatan senjata dilakukan serta merta.
Astro Awani, TMZ, mynewshub