Rahsia rambut menawan, beralun dan sihat ala supermodel Brazil ,kini terbongkar ! Jika perawatan rambut seperti rawatan spa, rawatan keratin dan sebagainya sudah agak mainstream, supermodel Victoria Secret , Barbara Fialho telah mendedahkan rahsia rambutnya yang menawan iaitu amalan rawatan velaterapia dalam mengatasi masalah rambut bercabang.
Velaterapia adalah satu proses di mana rambut dipisahkan kepada bahagian-bahagian kecil, dipintal, dan kemudian diletakkan di bawah api. Pembakaran ini menyebabkan bahagian rambut yang rosak melekat keluar. Rambut kemudian dipotong, dan seluruh rambut tersebut diberikan, rawatan penyuburan yang mendalam . Pembakaran dikatakan membuka folikel rambut, menjadikannya ia lebih mudah menerima nutrien, seterusnya membuat rawatan penyuburan yang lebih berkesan. Ia mengambil masa tiga jam setengah, dan peminat setia velaterapia akan mendapatkan rawatan ini kira-kira setiap empat bulan sekali .
Selain Barbara, supermodel Alessandra Ambrosio dan Isabeli Fontana adalah antara selebirti yang menjadi peminat setia rawatan rambut yang unik ini. Menurut Editor majalah Vogue Brazil, Victoria Ceridono , rawatan ini sungguh mengagumkan kerana rambut anda tidak akan menjadi pendek atau terjejas kerana dibakar sebaliknya menjadi sangat licin dan sihat.
Nampak seperti menakutkan, tak sangka membakar boleh merawat rambut dan menghasilkan rambut yang menawan. Video di bawah mungkin akan beri anda gambaran yang lebih baik tentang proses rawatan rambut ini.