Sempena Ramadhan yang bakal tiba nanti, Hilton Petaling Jaya menawarkan promosi bufet Iftar dan Sahur di Paya Serai Restaurant.
Bermula pada 28 Jun hingga 27 Julai 2014, hotel yang mempunyai sejumlah 13 orang chef kulinari akan menampilkan lebih 300 hidangan authentic dan local delights seperti Lawa Raosted Beef Salad, Fish Head Curry, Rendang Tok, Ikan Bakar Melaka, Whole Roasted Lamb Malay Style, Serawa Durian and Pulut, Kerabu Gamat dan Apam Balik.
Paya Serai Restaurant bersedia menyediakan juadah berbuka dan sahur yang original dari Melaka, Penang, Perak, Kedah dan Johor untuk semua penganut agama Islam. Selain itu, bufet lengkap Ramadhan Sahur bermula pada jam 3 pagi sehingga 5 pagi akan dihidangi dengan pelbagai aneka salad berkhasiat, pastri, bijirin dan juga makanan tempatan. Untuk Ramadhan ‘Buka Puasa’, pengunjung yang hadir akan dipersembahkan dengan Bale Bale Entertainment.
Promosi Bufet Ramadhan bermula pada 7 petang sehingga 10 malam setiap hari dengan harga RM119++ dewasa untuk tiga hari pertama (28 -30 Jun) dan 5 hari terakhir (23 – 27 Julai) dalam bulan puasa. Untuk 1 hingga 22 Julai, promosi bufet berharga RM139++ dewasa dan RM79++ kanak-kanak.
Untuk keterangan lanjut, boleh ke Facebook Hilton Petaling Jaya.