1. Kopi dan kerjaya? Berikut adalah senarai 15 karier yang paling tegar menjadi peminum kopi.
2. Ini adalah bentuk zarah kafein dalam ilmu kimia.
Bentuk kafein adalah sama dengan molekul penting yang dipanggil “trifosfat” yang mengawal fungsi otak (gambar di bawah). Kafein “meniru” trifosfat dan mengikat kepada sasaran yang sama di dalam otak.
3. Ini adalah rupa kafein apabila dilihat dari mikroskop elektron. Kafein secara semula jadi akan membentuk kristal kecil, bersaiz kira-kira 0.0016 inci .
4. Masa yang sesuai untuk minum kopi.
Oleh kerana kita dikawal oleh 24 jam biologi, sebenarnya ada jam yang dipanggil “jam circadian” Apabila anda baru bangun tidur, otak anda sudah dibanjiri dengan kortisol, sejenis bahan kimia semula jadi yang membantu memastikan anda berjaga. Jadi, walaupun anda mungkin merasa seperti mahu minum kopi, anda sebenarnya tidak memerlukannya kerana terdapatnya kimia kortisol. Jadi lebih anda tunggu paras kortisol turun dahulu.
5. Selepas menghirup kopi anda, kopi tesebut akan terus masuk ke dalam sistem badan hanya dalam masa 10 minit.
6. Kafein berfungsi dengan menyekat kesan pengatur semulajadi otak iaitu trifosfat.
Pada waktu siang , otak anda secara semulajadi membina paras adenosina. Apabila ia mencapai kepekatan ambang, ia akan terikat dengan reseptor khas yang bertindak balas dengan bertindak membuat badan anda mengantuk.
7. Kopi juga banyak mengandungi khasiat untuk kesihatan.
Kopi sering dikaitkan dengan kandungan anti oksida yang melindungi badan daripada radikal bebas. Kopi juga dikatakan mampu mengurangkan risiko Alzheimer,Parkinson, kanser kulit dan meningkatkan kesuburan lelaki.
8. Kafein juga baik untuk lebah.
Para saintis mendedahkan bahawa kafein membantu lebah untuk meningkatkan ingatan jangka panjang mereka. Kafein bertindak terhadap kimia otak lebah dengan cara yang menjadikan bunga lebih mudah diingati, jadi lebah lebih cenderung untuk kembali kepada bunga yang sama.
9. Otak anda boleh menjadi ketagih kepada kafein.
10. Banyak kesan sampingan
Berhenti mengambil kafein tiba-tiba boleh menyebabkan sakit kepala yang berlarutan sehingga sembilan hari. Bagi mereka yang ingin berhenti, doktor mengesyorkan untuk mengurangkan penggambilan secara beransur-ansur dalam tempoh empat minggu.
11. Lelaki lebih banyak meminum kopi berbanding wanita dengan nisbah 1.7 (lelaki) dan 1.5 (perempuan)
12. Kopi adalah minuman paling popular di dunia dengan lebih 400 billion cawan diminum setahun.
13. 40 % kopi diperbuat negara Colombia dan Brazil.
14. Asalnya kopi dimakan dan bukannya diminum.
15. Ketagihan dan minum kopi secara berlebihan juga tidak digalakkan.
Seorang gadis berusia 17 tahun di England telah dimasukkan ke hospital selepas minum tujuh double espressos . Beliau mengalami perubahan mood, kenaikan suhu badan dan rasa berdebar-debar.