Tahniah BLACKPINK Rosé!
Selepas dipilih menjadi duta bagi jenama Saint Laurent dan Rimowa, BLACKPINK Rosé kini menambah lagi satu jenama dalam senarainya. Semalam, PUMA telah mengumumkan ahli BLACKPINK itu sebagai duta jenamanya yang terbaru.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi pautan video yang dikongsi oleh PUMA. Dalam video tersebut, Rosé berada di kawasan kawalan kastam di sebuah lapangan terbang untuk stamp pasport miliknya, menyertai penerbangan PUMA.
View this post on Instagram
Dalam video tersebut, Rosé tampil dengan gaya chic, menyarungkan jeans longgar, jaket trek dan juga kasut Palermo dengan beg bahu hitam yang sangat comel!
- Foto – PUMA / X
Menyertai barisan ikon fesyen jenama sukan gergasi itu iaitu Rihanna, A$AP Rocky dan Dua Lipa, Rosé dilaporkan akan membawa visi, suara dan pandangan uniknya kepada kempen dan penceritaan global PUMA.
Peranan Rosé sebagai duta akan menumpukan kepada promosi produk Sportstyle serta menyokong program “Rewrite The Classic”, menonjolkan produk klasik PUMA untuk generasi baharu.
“Saya sangat teruja untuk menyertai keluarga PUMA. Saya juga tidak sabar peminat saya untuk menyertai bab seterusnya bersama saya dan PUMA!”- BLACKPINK Rosé.