Coachella kini kembali lagi!
Miss Murai sejujurnya teruja menantikan persembahan daripada barisan penyanyi terkenal seperti Lana Del Rey, Sabrina Carpenter, 88Rising Futures, Tyla dan ramai lagi. Tetapi apa yang lebih teruja, sudah semestinya penampilan pengunjung seperti selebriti dan influencer yang hadir memeriahkan festival ini.
Agak-agak kamu trend fesyen apa yang paling popular di festival kali ini?
Daripada but koboi, choker hingga ke potongan denim, Miss Murai kongsikan 10 fesyen terbaik daripada selebriti dan influencer yang hadir ke festival Coachella!
Becky G
- Foto – Hawt Celebs
Penyanyi pop star, Becky G telah membuat persembahan di Coachella pada minggu pertama dengan tampil menggayakan gaun mini hitam yang mempunyai perincian cutout, menonjolkan sosok badan yang fit dan seksi!
Rihanna
Tampil sepadan dengan kekasih, Rihanna memeriahkan suasana Coachella dengan penampilannya yang edgy itu dengan memadankan baju-T hitam, hoodie kelabu, mini skirt kulit dan but hitam serta cape berbulu.
- Foto – People / Just Jared
Ketika memberi sokongan kepada A$AP Rocky, Rihanna memakai baju-T grafik vintaj dan memadankannya dengan maxi cargo skirt yang diperincikan dengan tali ikat di pinggang dan belahan tinggi di bahagian hadapan. Kemudian dia melapiskannya dengan hoodie yang diikat di pinggang dan kot bulu yang tersarung di bahu seperti cape.
Doja Cat
- Foto – Los Angeles Times / Billboard
Doja Cat pula, Miss Murai tertarik dengan dua looks yang digayakan olehnya. Yang pertama adalah extension rambut yang panjang, menutup keseluruhan badannya. Manakala look yang kedua, Doja mengenakan top bulu palsu, G-string bulu palsu dan tak dilupakan but bulu palsunya juga.
Ice Spice
- Foto – Billboard
Unik dan seksi! Penyanyi Ice Spice muncul membuat persembahan dengan menggayakan sepasang jumpsuit daripada I.AM.GIA. Jumpsuit tersebut menggunakan fabrik renda tipis yang diikat di bahagian sisi dan menampilkan perincian garis leher yang menjunam.
Katy Perry
- Foto – Celeb Mafia
Simple dan chic, Katy Perry tampil menggayakan side cutout body suit dengan leather cropped jacket. Dia juga turut mengenakan kaca mata hitam, seluar jeans longar dan beg silang daripada Balenciaga.
Paris Hilton
- Foto – Yahoo
Tampil all-black, Paris Hilton membawa kelainan di Coachella dengan menggayakan bikini dan skirt yang menampilkan perincian ruffles, dilengkapi dengan rantai yang dijadikan aksesori korset dan topi koboi.
Gwen Stefani
- Foto – Ubetoo
Kembali bersatu dengan No Doubt di Coachella, Gwen memilih gaya punk dengan memakai ensembel Ashton Michael yang menampilkan mixed plaids dengan mesh!
Hailey Bieber
- Foto – Cosmopolitan / Hawt Celebs
Tak pernah mengecewakan, Hailey Bieber menggayakan bomber jacket New York Yankees yang dilapisi dengan crop tank top putih di bawahnya. Manakala bahagian bawahnya pula, Hailey memilih wide leg trousers yang sangat selesa. Penampilannya itu dilengkapkan dengan topi besbol FILA yang diikat dengan skaf bercorak harimau bintang.
Madison Pettis
- Foto – Celebs First/ Business Insider
Untuk look yang pertama, aktres Madison Pettis menggayakan bikini putih dengan highwaist sheer pants yang mempunyai ruffle yang besar. Manakala look kedua pula, Madison memilih pakaian serba putih seperti skirt panjang dan bikini top yang diperincikan dengan manik.
Charli D’Amelio
- Foto – Page Six
Mempamerkan susuk badan yang fit, influencer Charli tampil mengenakan coli hitam putih yang berlapis bersama silver belt chain dan exposed thong. Untuk look yang kedua, Charli mempamerkan sisi berani dan fun dengan memakai crochet dress rama-rama, braless dan hanya seluar dalam hitam sahaja.
Kongsikan look selebriti atau influencer mana yang kamu suka sepanjang Coachella berlangsung!