Dah ada doorgift kahwin belum untuk majlis nanti?
Musim kenduri kahwin dah kembali dengan meriah sekali! Miss Murai jamin pasti ramai bakal pengantin masih mencari idea yang terbaik untuk dijadikan doorgift untuk tetamu. Sudah tentu juga ada yang mahukan kelainan untuk doorgift kahwin kali ini. Bukan apa, ia sebagai tanda penghargaan dan ingat-ingatan kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kamu.
Jika dahulu doorgift biasa bunga telur atau sapu tangan. Apa kata kali ini kita gunakan konsep dari kraf tradisional iaitu songket. Bukan beri kain songket tapi aksesori kecil seperti beg tangan yang dibuat dari tenunan songket cantik. Apa yang lagi best, ia boleh didapati secara atas talian dan harga pula sangat sesuai untuk bajet majis perkahwinan yang ekonomi.
Miss Murai cadang doorgift kahwin dari songket ini untuk tetamu rapat seperti keluarga, sanak-saudara dan sahabat setia. Baik, ini pilihan doorgift kahwin atau cenderahati yang boleh kamu tempah;
- Songket Premium Pouch Purse Wristlet Bag Made in Malaysia [RM16.95]
- Handmade Beg Makeup Corak Songket Pelbagai Guna [RM15-RM17]
- doorgift BAG SONGKET READY STOCK [RM2.50]
- BEG UNCANG SONGKET LOCAL HANDMADE QNH BY HAZWANI [RM12-RM18]
- Beg Uncang Songket Karya Asmara [RM15]
- Batu Seremban (5/7 buah) + beg uncang. Edisi songket [RM8]
- Batu Seremban REAL EXCLUSIVE SONGKET [RM8-RM20]
- Keychain Malay Songket Split Ring [RM1.50]
- Purse Songket Terengganu [RM28.99-38.99]
Semua cantik kan? Malah ada yang boleh ikut kesesuaian bajet kamu dan pasangan. Harap perkongsian ini dapat membantu untuk menyempurnakan majlis perkahwinan pembaca Miss Murai!