Tiada seorang pun yang tak terkejut dengan berita ‘tiba-tiba’ Kate Middleton yang menghidapi penyakit kanser selepas dikhabarkan hilang dari radar selama beberapa bulan.
Sekadar info untuk kamu, Princess of Wales iatu Kate Middleton telah memuat naik sebuah video rasmi, di mana dia berkongsikan tentang keadaan dirinya yang terkini.
Dalam video tersebut, Kate memberitahu dia telah didiagnos dengan kanser dan sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi mencegahnya daripada merebak.
Melihatkan berita mengejutkan mengenai Kate ini, Miss Murai nak kongsikan dengan kamu 8 kerabat diraja Britain yang turut menghidapi penyakit yang sama. Bermula daripada…
Raja Charles III (Raja England)
- Foto – Pinterest
Bapa mertua Kate Middleton, Raja Charles III telah disahkan menghidap kanser selepas seminggu keluar daripada hospital akibat pembedahan prostat. Berita mengenai kansernya itu tidak dikongsi dengan lebih lanjut, bagi mengelak sebarang spekulasi berlaku.
Sarah Ferguson (Duchess of York)
- Foto – Pinterest
Sarah Ferguson iaitu bekas isteri Putera Andrew, telah didiagnosis dengan kanser kulit pada awal tahun ini. Sekitar 6 bulan yang lalu, Sarah ada memberitahu kepada khalayak ramai yang dia disahkan menghidap kanser payudara.
Ratu Elizabeth (The Queen Mother)
- Foto – Pinterest
Ibu kepada Ratu Elizabeth II, Ratu Elizabeth (The Queen Mother) ini telah didiagnosis menghidap pelbagai jenis barah sepanjang hidupnya. Menerusi biografi William Shawcross iaitu The Queen Mother: The Official Biography, baginda telah menjani prosedur pembuangan ketumbuhan selepas disahkan menghidap kanser kolon (1966). Manakala pada tahun 1984, baginda menjalani lagi pembedahan kanser payurada.
Raja Edward VIII (Duke of Windsor)
- Foto – Pinterest
Untuk pengetahuan kamu, sepanjang hayat Raja Edward VIII, baginda adalah seorang perokok tegar. Disebabkan oleh ketagihannya itu, baginda telah mangkat disebabkan oleh kanser tekak pada 28 Mei 1972, ketiaka berusia 77 tahun.
Raja George VI (Bekas Raja England)
- Foto – Pinterest
Bapa kepada Ratu Elizabeth II, Raja Geoger VI telah mangkat dalam tidur akibat kanser paru-paru. Memiliki ketagihan merokok, Raja George VI telah membuang paru-paru kirinya yang mempunyai ketumbuhan pada tahun 1951.
Raja Edward VII (Bekas Raja England)
- Foto – Pinterest
Moyang kepada Ratu Elizabeth II, Raja Edward VII dikatakan menghidapi kanser kulit, karsinoma sel basah di sekitar hidungnya. Berdasarkan biografi Bertie Jane Ridley: A Life of Edward VII, baginda berjaya dirawat dengan penggunaan radium pada tahun 1907.
Pada 6 Mei 1901, baginda yang ketika itu berusia 68 tahun telah mangkat akibat jangkitan paru-paru.
Puteri Victoria (Puteri Diraja England)
Puteri Diraja, Puteri Victoria yang merupakan anak kepada Ratu Victoria dan Putera Albert, telah mangkat kepada usianya 60 tahun pada 5 Ogos 1901. Kemangkatannya itu disebabkan oleh barah payudara.
- Foto – Pinterest
Untuk pengetahuan kamu, 13 tahun sebelum Puteri Victoria mangkat, suaminya iaitu Raja Frederick III turut mangkat akibat kanser tekak.
Ratu Elizabeth II (Bekas Ratu England)
Jika berdasarkan rekod, Ratu Elizabeth II dikatakan mangkat disebabkan sakit tua. Tetapi menurut pengarang Gyles Brandreth, menerusi Elizabeth: An Intimate Potrait, memberitahu baginda sebenarnya menghidapi kanser tulang sumsum di tahun terakhir usianya.
- Foto – Pinterest
Dalam satu petikan, Gyles yang merupakan rakan karib Putera Philip memberitahu Ratu Elizabeth menghidapi multiple myeloma.
Apa pun, Miss Murai berharap Kate Middleton cepat sembuh dan kuat menjalani rawatan kemoterapi!