Pertama sekali, tahniah DOLLA!
Siapa sangka DOLLA mengikuti jejak langkah Shila Amzah melebarkan sayap di China. Group girl Malaysia ini dijemput menyertai sebuah program realiti “Show It All”. Ia sebuah program pertandingan nyanyian untuk debut group girl terbaru di China. “Show It All” dicipta oleh Lay Zhang iaitu ahli EXO sebuah boyband popular dari Korea Selatan sejak 2012.
Kini Lay Zhang mahu menghidupkan semula C-Pop dengan kehadiran group girl asal China. Menariknya rancangan ini menjemput pelbagai girl group dari negara lain untuk memberi inspirasi atau mentor kepada para pelatih. DOLLA muncul untuk episod pertama yang ditayangkan eksklusif di Mango TV. Pembaca Miss Murai boleh menonton satu episod penuh di Youtube.
Kumpulan antarbangsa yang turut menyertai rancangan realiti ini ialah BINI dan G22 dari Filipina, Pixie dari Thailand dan Boy’s World dari Amerika Syarikat. Mereka akan berentap dalam satu pentas dengan membawa persembahan dari lagu dan tarian masing-masing. Kemudian, markah akan diberikan oleh peminat secara langsung. Miss Murai cukup berpuas hati melihat kualiti produksi “Show It All” dan teruja dengan DOLLA yang cukup bersahaja dan menghiburkan untuk program realiti ini.
“Right now, the market is going global. So I want to bring some good stars to come to my country and I also want to bring our country’s music to go outside,” – Lay Zhang
Strategi Lay Zhang membawa kumpulan antarabangsa bakal membuahkan hasil untuk memperkenalkan girl group yang dibawah kelolaannya. Program selama satu jam ini mendedahkan cabaran dan ujian yang dihadapi oleh para pelatih. Malah, ia juga menunjukkan sisi realiti untuk menaikkan nama bakat baharu dalam industri.
Tahniah juga buat DOLLA yang semakin ghairah menunjukkan kemampuan dan kuasa mereka! Berharap mereka akan muncul lagi untuk episod akan datang.