Pilihan barang kemas Kate Middleton sentiasa terletak anggun!
Apa sahaja yang dipakai oleh bakal Permaisuri England menjadi perhatian ramai. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, inspirasi fesyennya didamba peminat. Bukan apa, gaya Kate Middleton cukup sinonim dengan keanggunan. Malah, wardrobe Kate juga timeless dan menariknya beliau sendiri mengulang pakaian yang sama.
Sebelum ini gaya beg, dress dan solekan sudah DIVA kongsikan dengan pembaca. Kali ini DIVA persembahkan lima rekaan rantai leher insipirasi dari Kate Middleton. Jangan khuatir, DIVA kenalkan pada kamu jenama barang kemas yang legit serta asli.
Mungkin tahun ini kamu tidak tahu ingin tambah rekaan apa dalam koleksi barang kemas? Jadi, apa kata mula dengan rantai leher pula…
- Pandora ME Small-Link Chain Necklace [RM1299]
- Borneo Pearls Timeless Three Strand Pearl Necklace [RM888]
- Swarovski Millenia Blue, Rhodium plated [RM665]
- Borneo Pearls Round Pearl on 925 Silver Chain [RM198-RM358]
- Swarovski Mesmera Y White, Rhodium plated [RM2200]
Semua cantikkan? Paling penting rekaan seakan-akan dipakai Kate Middelton. Anggun, terletak dan berkelas! Menariknya lagi ia tidak sesekali merobek dompet kamu, masih ada lagi rekaan inspirasi pada harga yang berpautan.