Membaca buku tidak akan pernah lapuk dan ia merupakan medium penambahan ilmu yang sangat murah. Bukan sahaja untuk pengetahuan tapi membaca buku boleh membuatkan kita mengubat perasaan yang ampuh.
Terkesan dengan tekanan media sosial kini, DIVA ingin mengajak pembaca sekalian kembali pada dunia bacaan. Ia lebih fokus, sihat dan dapat memberi satu manfaat yang lebih jauh berbanding melayari media sosial yang tiada berpenghujung.
Dari wanita kepada wanita. DIVA tampilkan enam buah buku terbaik untuk anda.
#1 Perempuan Dari Masa Lalu [BELI]
Penulis: Wafa Awla
Terbitan: JIWA
Sebuah buku puisi yang menghambat kenangan lalu, rahsia dan luka yang tak mungkin sedia untuk luahkan pada orang. Antara buku dengan rating tertinggi di Goodreads. Ia banyak bermain perasaan khususnya untuk kaum perempuan yang ingin melupakan, merawat dan seterusnya berganjak dari mimpi lama. Banyak mesej yang tersirat sangat berguna untuk wanita masa kini.
- Foto – Shopee Malaysia
#2 Mengejar Mimpi Sempurna [BELI]
Penulis: Auni Zainal
Terbitan: Iman Publication
Kisah fiksyen yang digarap menyentuh hati tentang seorang wanita yang kehilangan anak dan suami. Membawa pembaca untuk menyoal kembali tentang peluang kedua, harapan dan pengorbanan yang dilakukan. Berbaloikah hanya untuk mengejar kesempurnaan. Buku ini sangat sesuai untuk kaum wanita terutamanya para ibu kerana ia dari prespektif yang segar dan seiring dengan masa.
- Foto – Twitter
#3 Pujuklah Hati [BELI]
Penulis: Bonda Nor
Terbitan: Galeri Ilmu
Secara peribadi, ini buku kegemaran DIVA. Untaian puisi dan kata-kata nasihat dari Bonda Nor cukup mententeramkan. Ia berpandukan ayat-ayat Al-Quran, hadis dan juga pengalaman hidup dari penulis sendiri. Buku ini sesuai untuk dijadikan buku bacaan harian terutamanya wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu. Pujuklah hati dan emosi anda dengan kembali pada Allah.
- Foto – Goodreads
#4 Sehingga Yang Patah Tumbuh [BELI]
Penulis: Aishah Madadiy
Terbitan: Iman Publication
Rata-rata dari ulasan yang DIVA baca mengatakan buku ini sebuah buku women empowerment! Kisah pencarian keluarga yang terpisah penuh dengan pelbagai pancaroba dan kisah silam. Ayat penulisan puitis tapi masih lagi mudah difahami dan meluncur laju sahaja apabila dibaca. Kalau anda ingin bacaan fiksyen yang santai, boleh cuba dari novel Aishah Madadiy ini.
- Foto – Lazada
#5 Perempuan Penggenggam Rindu [BELI]
Penulis: Tia Setiawati / Hafizul Faiz (terjemahan)
Terbitan: JIWA
Buku asal Indonesia yang sangat dekat dihati para wanita. Ia buku yang menterjemah kesulitan, cabaran dan kecelaruan emosi tentang kaum Hawa. Jika anda sedang mencari buku merawat kekecewaan dan merawat hati yang luka, DIVA sangat reccomend buku ini! Bahasanya yang indah boleh mendamaikan siapa jua pembacanya.
- Foto – Twitter
#6 Cinta Selalu Menang [BELI]
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Sebarkan Bahagia
Buku fiksyen yang mendidik tentang kemanusiaan terutamanya hak-hak wanita yang menjadi penindasan dan mangsa peperangan. Begitu juga dengan pengajaran dalam membesarkan anak-anak sebagai generasi yang lebih berakhlak mulia. Kecekalan watak utama buku ini, boleh dijadikan contoh sebagai satu lembaran baru untuk wanita yang lebih berani dan lantang bersuara.
- Foto – Goodreads
Selamat melayari perasaan dan happy reading!