Bila ternampak atau membaca mengenai keluarga diraja Jordan di media sosial; memang tak dinafikan terlalu banyak personaliti ahli kerabatnya yang agak menarik. Dan untuk kali ini, DIVA kupaskan pula mengenai Puteri Rym.
Puteri Rym adalah isteri kepada adik tiri Raja Abdullah II iaitu Putera Ali. dan bukanlah bukanlah berasal daripada keluarga diraja. Tetapi dia telah pun mencipta namanya sendiri sebagai seorang jurnalis yang berjaya dan presiden festival filem terkenal.
Apa yang membuatkan DIVA tertarik dengan Puteri Rym adalah siapakah dirinya yang sebenar dan bagaimana dia berjaya menukar jalan cerita hidupnya; bermula daripada seorang jurnalis kepada isteri ahli kerabat diraja Jordan dan kini memegang jawatan presiden Festival Filem Amman.
Nak tahu lebih lanjut tentangnya, baca kupasan di bawah;
Bukan dari latar keluarga yang biasa, bapanya adalah…
Puteri Rym atau Rym Brahimi dilahirkan di Kaherah pada tahun 1969. Dia merupakan anak kepada pasangan Lahkdar Brahimi dan Mila Bacic yang memiliki darah Crotia-Armenia.
- Foto – Noblesse & Royautés
Info: Puteri Rym mempunyai dua orang saudara lagi. Dia telah membesar di United Kingdom dan meneruskan pengajian di Amerika Syarikat serta Perancis.
Bapanya, Lahkdar Brahimi adalah seorang diplomat Algeria. Dia telah mengetuai urusan kementerian hal ehwal luar negara Afrika selama dua tahun. Bukan itu saja, Lahkdar juga adalah bekas utusan khas PBB-Liga Arab ke Syria.
Berkahwin dengan adik tiri Raja Abdullah II
Berdasarkan sumber, pertemuan antara Puteri Rym dan Putera Ali iaitu adik tiri Raja Abdullah II berlaku ketika suaminya meminta pengawal diraja untuk bertemu dengan kakitangan CNN. Pertemuan itu bertujuan untuk mendapatkan pemahaman tentang situasi di Iraq.
- Foto – Alchetron
Sebelum berkahwin pada 7 September 2002, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan di Paris. Majlis tersebut disiarkan secara langsung di televisyen Jordan dan dihadiri oleh keluarga dan tetamu kehormat. Dan kini Puteri Rym dan Putera Ali memiliki dua orang anak iaitu Puteri Jalila dan Putera Abdullah.
Pendidikannya pula dari universiti yang berprestij tinggi
Sebelum bertemu dengan suaminya, Puteri Rym dikatakan memiliki latar belakang pendidikan daripada universiti yang berprestij tinggi. Bukan itu saja, dia juga dikatakan mempunyai pelbagai jenis anugerah akademik. Antaranya adalah:
- Foto – @arabianroyalagency (IG)
- Ijazah sarjana daripada Columbia University’s Graduate School of Journalism
- Ijazah sarjana dalam bidang Sains Politik daripada Science Po, Paris
- BA English Literature daripada Sorbonne University.
Bukan sahaja fasih dalam Bahasa Inggeris, malah Bahasa Perancis, Itali dan Arab.
Pernah jadi jurnalis CNN
Buat yang tidak tahu, Puteri Rym adalah seorang jurnalis sebelum berkahwin. Dia memulakan kerjayanya di CNN sebagai penerbit dan kemudian menjadi wartawan perang di Iraq. Tetapi dia telah diusir dari Iraq oleh Saddam Hussein kerana laporannya.
- Foto – Huff Post
Fakta: Puteri Rym telah membuat liputan yang merangkumi peristiwa besar seperti perang Irang, tindak balas Arab Saudi terhadap serangan 11 September, perang Kosovo dan pengeboman USS Cole.
Selain daripada CNN, Puteri Rym pernah bekerja untuk media lain seperti BBC, Dubai TV, Bloomerg TV dan United Press International.
Selain jadi isteri ahli kerabat diraja, kini memegang jawatan sebagai presiden filem terkenal
Puteri Rym telah membawa pulang pelbagai anugerah daripada berita, media, filem dan institusi kebudayaan di seluruh dunia. Julai 2011, Puteri Rym dianugerahkan hadiah wartawan antarabangsa terbaik di 32nd Ischia International Journalism Awards di Itali.
- Foto – The Royal Forums
Setahun kemudian, Global Thinkers Forum pula anugerahkan kepadanya Anugerah Kecemerlangan dalam Media. Kini Puteri Rym adalah presiden Festival Filem Antarabangsa Amman dan mengetuai Yayasan Anna Lindh, sebuah organisasi pemerkasaan belia.
Hebat kan, bukan calang-calang orang Puteri Rym ini!