Beginilah keadaannya apabila tanggal 1 Januari 2014 lalu ganja mula dijual secara sah di farmasi dan kedai ganja seluruh Colorado. Orang ramai beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan makanan mereka. Jualan ganja kini dijual secara sah oleh pihak kerajaan tempatan Colorado bagi mengawal sindiket jenayah terancang yang selama ini mendapat keuntungan dengan penjualan ganja secara haram. Ganja kini boleh dibeli secara terbuka di farmasi-farmasi terpilih dan menghisapnya pula bukan lagi dianggap jenayah. Menurut aktivis legalisasi ganja apa yang berlaku di Colorado adalah langkah yang sangat dialu-alukan. Penghisap ganja dapat menghisap ganja tanpa rasa takut disumbat ke dalam penjara dan kerajaan mendapat keuntungan melalui kutipan cukai. – via