Jangan ingat suami sahaja yang pandai menyimpan rahsia.
Kalau kamu nak tahu, isteri lebih pandai menyimpan rahsia mereka agar tidak dihidu atau diketahui oleh suami. Walaupun berjanji tidak akan menyimpan rahsia daripada suami, tetapi ada sesetengah perkara yang isteri lebih suka sembunyikan.
Nak tahu apakah rahsia yang sering si isteri sembunyikan daripada pengetahuan suaminya? Jom baca pendedahan di bawah.
#1 Duit Simpanan
Setiap wanita mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka mempunyai duit simpanan. Ada sesetengahnya menyimpan duit untuk tujuan survive sekiranya hubungan berjalan dengan tidak lancar sama ada diceraikan atau dicurangi.
Pada masa yang sama, rahsia duit simpanan ini tidak perlu dikongsi dengan suami. Bukan apa, bimbang ada suami yang ambil kesempatan dengan tidak memberikan nafkah atau meminjam duit simpanan tersebut.
#2 Masalah Dalam Hubungan
Tak dinafikan ramai wanita yang tidak mahu panjangkan atau rumitkan masalah dalam hubungan. Kebanyakan wanita lebih gemar selesaikan atau pendamkan masalah itu sendiri.
Ada juga wanita yang mencari rakan karibnya untuk meluahkan apa yang mereka rasa jika mempunyai masalah perhubungan. Ini kerana kebanyakan suami tidak suka mengambil tahu atau malas bekerjasama untuk menyelesaikannya.
#3 Masalah Kesihatan Wanita
Bimbang suami cari lain atau mahu putuskan hubungan gara-gara masalah kesihatan wanita yang dihadapi?
Ramai wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita lebih cenderung untuk berahsia daripada suaminya. Ini kerana mereka bimbang suami akan tertekan atau putuskan hubungan jika tahu.
Tetapi kamu perlu tahu, mendiamkan sesuatu seperti masalah kesihatan wanita ini bukanlah idea yang terbaik kerana seorang isteri berhak untuk mendapat sokongan daripada orang sekeliling termasuklah suaminya.
#4 Masalah Hubungan Seksual
Wanista faham ramai isteri yang malu untuk menyuarakan pandangan atau pendapat mengenai hubungan seksualnya pada suami. Ramai yang berpendapat dalam hal ini, isteri adalah ‘hamba’ dan mereka perlu puaskan kehendak suami.
Sedangkan hubungan seksual adalah keperluan suami isteri dalam sesebuah perhubungan. Jadi kedua-duanya perlu terbuka dalam berbincang dan menyuarkan pendapat.
#5 Kejayaan Dalam Hal Kerjaya
Realitinya kebanyakan wanita yang bergelar isteri tidak gemar berkongsi mengenai hal kerjaya dengan suaminya. Ini kerana wanita tidak mahu lelaki berasa tercabar dan bersaing sekiranya memiliki isteri yang mempunyai gaji atau pangkat yang tinggi.
Jadi itulah 5 rahsia yang sering disembunyikan oleh si isteri daripada suaminya. Adakah pembaca Wanista pun turut melakukan perkara di atas?