Terbayangkan betapa sakitnya jari akibat tersepit pintu. Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun boleh maraung kalau benda sebegini terjadi.
Bila jari tersepit, jangan dibawa main… pergi dapatkan rawatan agar kuman tidak membiak risiko kepada perkara lebih buruk lagi.
Jari tersepit di pintu bergantung pada berat pintu dan kekuatan hentaman, kecederaan boleh jadi ringan atau berat. Berikut adalah jenis kecederaan risiko berlaku dan cara merawat seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Bengkak
Ini terjadi kerana tisu yang tercedera mengalami keradangan. Cara nak kurangkan, dengan melakukan tuaman ais pada bahagian yang bengkak pada hari pertama dan kedua kecederaan.
Luka
- Foto – The Asian Parent
Kulit pada jari boleh terkoyak dan berlaku pendarahan. Jika kuku pecah dan isi di bawah kuku terbelah, maka perlukan jahitan oleh doktor. Jika isi bawah kuku tidak dijahit, maka kuku akan tumbuh tidak sempurna.
Kuku Hitam
Terjadi kerana berlaku pendarahan di bawah kuku dan ia tiada tempat untuk mengalir keluar. Kuku perlu ditebuk untuk buang darah di bawah kuku. Jika tidak, jari akan sakit berdenyut-denyut.
Sendi Terkehel
Berlaku sekiranya tulang terkeluar dari sendinya. Tulang boleh dimasukkan semula ke sendinya dengan prosedur tanpa pembedahan, tetapi perlu menggunakan ubat bius atau penahan sakit.
Patah Tulang
Jika pintu itu berat dan hentamannya kuat, ada kebarangkalian tulang jari boleh retak atau patah. Jika ini berlaku, jajaran tulang perlu dibetulkan, kemudian dipasangkan bidai.
- Foto – FB Klinik Dr.Zain, Tangga Batu Melaka
Tapi kalau kamu tidak pasti tahap kecederaan jari si anak, silalah bawa berjumpa doktor untuk penilaian. Kecederaan jari yang tidak dirawat sempurna boleh mengganggu perkembangan kecekapan tangan anak-anak dan potentie mereka.
Ingat, jangan takut jumpa doktor untuk penilaian lanjut. Selamat beramal!