Biar betul sekarang kita sudah kena pakai double masking kalau nak keluar rumah?
Dengan jumlah kes harian COVID-19 yang tak menentu, penting untuk setiap orang mula melakukan apa sahaja untuk lindungi diri sendiri.
Pada masa yang sama, antara salah satu usaha yang perlu adalah menggandakan topeng muka atau double masking ketika keluar rumah.
Double Masking: Perlindungan Yang Lebih Baik!
Kementerian Kesihatan (MOH) telah menasihati rakyat Malaysia untuk memakai double masking pada ketika ini kerana ia memberikan perlindungan yang lebih baik dan berkesan terhadap virus tersebut.
Dipetik daripada The Sun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengatakan double masking ini sangat disyorkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
“Setiap individu disyorkan untuk memakai topeng muka tiga lapis atau topeng pembedahan di bahagian dalam. Manakala topeng kain di bahagian luar.”
Menurut CDC, kaedah ini dapat berikan perlindungan sehingga 85.4% berbanding 56.1% ketika memakai topeng perubatan sahaja.
Selain itu topeng muka jenis kain pula hanya mampu berikan perlindungan sebanyak 51.4%, sementara topeng perubatan yang disimpul dan diselit memberikan perlindungan sehingga 77%.
Bagi topeng muka N95, topeng ini adalah standard yang terbaik dan dapat menyaring sehingga 95% zarah. Jadi ketika memakai topeng muka jenis ini, individu tidak perlu gandakan penggunaan topeng muka.
Ada 3 Cara Yang Betul Untuk Pakai Topeng Muka
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh CDC, dua kaedah ini menunjukkan double masking dapat mengurangkan risiko terdedah pada virus COVID-19.
#1 Knot & Tuck (Ikat & Selit)
Ikat gelung telinga di tepi topeng muka dengan rapat dan kemas. Kemudian selitkan lebihan lipatan sisi topeng muka bagi mengurangkan jurang dengan wajah.
#2 Double Masking
Bagi sesetengah individu, double masking ini mungkin boleh menyebabkan pernafasan menjadi sukar. Tetapi kaedah ini sebenarnya tidak menyukarkan dan mengurangkan pembekalan oksigen pada si pemakai.
Cara pakai yang betul adalah topeng muka perubatan di bahagian dalam dan topeng muka jenis kain di bahagian luar. Elak daripada menggunakan kedua-dua jenis topeng perubatan atau kain sebagai double masking.
#3 Topeng muka N95
Manakala untuk topeng muka N95 pula ia tidak memerlukan double masking kerana ia melitupi permukaan muka dengan kemas. Topeng muka jenis ini juga berupaya menyekat dan menapis zarah dari memasuki.
Tan Sri Dr. Noor Hisham juga mengatakan kaedah ini sangat digalakkan dalam kalangan masyarakat walaupun ianya tidak wajib.
Manakala setiap seorang individu diwajibkan memakai sekurang-kurangnya satu topeng muka untu satu-satu masa.
Untuk pembacaan panduan ringkas mengenai pemakaian double mask, kamu boleh baca di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia [TEKAN SINI].