Produk terlaris Nature Republic iaitu Aloe Vera 92% Soothing Gel memang diakui keberkesanannya.
Orang jadikan sebagai hair mask untuk rambut yang sihat, losyen kaki untuk melembap dan melembut, remedi merawat luka dan parut, shaving gel, bahkan pada wajah sebagai sleeping mask dan banyak lagi.
Tapi jangan terkejut.. kerana menurut seorang tiktoker yang juga bekas pekerja Nature Republic, kandungan bahan dalam produk terlaris itu boleh merbahayakan kulit.
https://www.tiktok.com/@rogerwh0/video/6845770615736126726?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Separuh Aloe Vera Separuh Gliserin
Produk ini dipasarkan mengandungi 92% ekstrak aloe vera, yang melembapkan kulit dengan cepat tanpa meninggalkan rasa melekit. Formula ringan bebas dari paraben, minyak mineral dan warna tiruan.
Dalam video Tiktok, dijelaskan produk ini bukanlah 92% ekstrak aloe vera sepenuhnya tetapi separuh aloe vera dan gliserin – disebabkan itu tekstur tidak berwarna dan jernih.
Gliserin Bahan Baik Untuk Kesan Melembap
Gliserin, dikenali sebagai gliserol, adalah sebatian semula jadi yang berasal dari minyak sayuran atau lemak haiwan. Ia adalah cecair jernih, tidak berwarna, tidak berbau dan sirap dengan rasa manis. Gliserin adalah humektan atau bahan yang mampu menarik air ke permukaan kulit.
- Foto – Product Nation
Kajian Indian Journal of Dermatology, menyatakan bahawa gliserin adalah humektan terbaik berbanding dengan agen pelembap lain, seperti alpha hydroxy acids/AHA, hyaluronic acid, butilen glikol, sorbitol, dan urea. Oleh itu, kulit kering dan retak, kulit kasar, dan kerengsaan dapat dicegah melalui penggunaan gliserin.
Lagi 8% Adalah Alkohol Dan Pewangi
Diakui gel aloe vera ini memang berkesan untuk remedi merawat kulit, tapi jangan sesekali meletakkan ia di wajah. Katanya lagi, 8% produk merupakan pewangi dan alkohol – jelas kenapa produk ini sangat harum sekali.
Yang menjadi perhatian di sini, Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel mengandungi alkohol, dan produk tersebut tidak menyebut jenis alkohol apa yang digunakan.
Alkohol Dan Pewangi Boleh Merengsakan Kulit
Mungkin elok untuk kulit anda, tetapi kadangkala kandungan bahan ini mungkin boleh memberi reaksi pada kulit dan menjadikan kulit anda bertambah sensitif. Anda boleh mengalami kemerahan, gatal-gatal, atau ruam reaksi dari kandungan alkohol yang tersembunyi.
- Foto – Pinterest
Kepada beginner, anda boleh gunakan di rambut, atau tubuh badan, tapi jangan sesekali guna pada wajah. Bila mencari produk kecantikan wajah, bahan-bahan yang digunakan sebaiknya adalah semula jadi kerana ia lebih selamat dan yakin.
Selamat Beramal!