Bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi, kamu sudah ganti puasa atau belum?
Rasa tak lengkap pula kalau berpuasa tanpa makan buah kurma. Buah kurma ini terkenal dengan memberi banyak khasiat kepada badan.
Bukan sahaja menjadi sunnah memakan buah kurma, malah buah kurma juga dapat berikan tenaga yang cukup pada kamu untuk berpuasa sepanjang hari.
Di Malaysia pula, kamu boleh dapatkan pelbagai jenis kurma yang sedap. Berdasarkan beberapa jenis ini, kamu suka kurma yang mana?
Kurma KabKab [BELI]
Buah kurma yang bergred AA ini ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran. Mempunyai tekstur yang lembut, basah dengan berwarna coklat gelap membuatkan buah ini terkenal dengan kepanjangannya berbanding buah kurma yang lain.
Rasanya yang sedap, manis seperti sirap menjadikan buah kurma KabKab ini sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Kurma Ajwa Madinah [BELI]
Menjadi kurma kegemaran Nabi Muhammad s.a.w., buah kurma ini mempunyai warna yang lebih gelap, bersaiz kecil dan tidak terlalu manis berbanding buah kurma yang lain.
Namak macam sama, tetapi kandungan khasiatnya sangat berbeza. Buah kurma ini mempunyai kandungan khasiat yang unik seperti magnesium iaitu mineral yang sangat penting bertindak sebagai anti-radang.
Kurma Rabbe Masafii [BELI]
Buah kurma yang berasal dari United Arab Emirates ini merupakan buah yang sangat bermutu tinggi dan berkualiti.
Berbentuk bujur, bertekstur separa kering dan berwarna coklat, buah kurma ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak menyukai buah yang kurang manis. Dan buah kurma ini merupakan pilihan yang baik dan seimbang bagi pemakanan.
Kurma Mahnaz Safawi [BELI]
Buah kurma ini dikatakan sesuai dimakan untuk individu yang menghidapi penyakit diabetes. Kurma Safawi ini merupakan sejenis kurma yang mempunyai tekstur yang lembut dan rasa semi-kering.
Mudah saja untuk bezakannya, buah kurma ini berwarna hitam, panjang dan bersaiz sederhana. Mungkin nampak sama macam tetapi buah kurma ini berbentuk bujur panjang berbanding kurma Ajwa.
Kurma Mariami Madinah [BELI]
Sesuai untuk individu yang berdiet, kurma Mariami ini bukanlah buah yang basah atau kering kerana ia mempunyai kadar kelembapan sebanyak 15%.
Tidak mengandungi kolestrol dan kandungan gula yang mudah diserap ke dalam badan menjadikannya sebagai buah kurma yang berikan tenaga yang segera apabila berbuka puasa.
Kurma Mabroom Madinah [BELI]
Berasal dari Madinah, buah kurma Mabroom ini merupakan buah kurma yang dijual dalam kuantiti yang besar ketika bulan Ramadhan.
Mempunyai saiz yang besar dan panjang serta mengandungi kandungan potassium membuatkan buah kurma ini sesuai untuk individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Kurma Madu Yuta Yusof Taiyoob [BELI]
Rasa seperti manis semula jadi seperti madu lebah, kurma madu Yuta ini mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Jadi disyorkan untuk makan sebanyak 2-3 biji sahaja setiap kali berbuka.
Kurma Safia Bertangkai Yusuf Taiyoob [BELI]
Kurma bertangkai daripada Yusof Taiyoob ini mengandungi pelbagai jenis nutrisi seperti zat besi, kalsium, phosphorus, postassium dan sodium yang dapat menyihatkan tubuh badan.
Kurma ini juga boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan bersama yogurt mahupun pastri. Buah kurma ini juga sesuai untuk dibakar dan dimasak.
Jadi buah kurma yang mana satu yang sering menjadi pilihan kamu dan keluarga ketika sahur mahupun berbuka?
Kalau mahu rasa bertenaga sepanjang hari, makan dalam kuantiti ganjil semasa sahur atau rendamkan buah kurma dalam segelas air semalaman.
Selamat mencuba!