No one can rock jumpsuit like Deepika Padukone!
Wanita manis ini boleh dikatakan ratu jumpsuit, dan setiap kali dia mengenakan fesyen ini langsung tiada cacat cela. Kekal sempurna dan sedap mata memandang. Dia dilahirkan dengan figure yang sesuai untuk fesyen jumpsuit. Ketinggian Deepika lebih kurang 174cm, no wonder.
Jom kita lihat fesyen jumpsuit yang digayakan Deepika. Suai padan dalam bermain dengan corak dan warna. Mana tahu ada yang boleh dijadikan inspirasi serta panduan.
Nak bergaya kena ambil risiko dan berani, barulah seronok nak mengenakan sesuatu trend.
Jumpsuit denim dipadankan dengan sepatu merah jambu, vogue habis
- Foto – Pinterest
Walaupun hitam sangat basic, tapi cara Deepika nampak sofistikated sekali
- Foto – Pinterest
Deepika lengkapkan jumpsuit kosong dengan perhiasan rantai emas
- Foto – Pinterest
Cool padanan jumpsuit monochrome dan boot Deepika
- Foto – Pinterest
Siapa saja yang berani pakai jumpsuit cetakan geometri
- Foto – Pinterest
Tak terkata cantiknya jumpsuit satin rona blush pink ini
- Foto – Pinterest
Bila dilihat setiap fail fesyen Deepika Padukone, kita boleh angkat dia sebagai ikon fesyen yang sentiasa up to date dengan trend.
Setiap ensemble nampak menawan, Deepika selalu eksperimen dengan corak dan warna, membuatkan fesyennya sentiasa ceria dan menyerlah. Dandanan rambut dan solekan mekap pula padan bersama.
Love Deepika!