Pasangan mana yang tak mahu mencuba sesuatu yang baru, bagi menghangatkan asmara suami isteri bukan?
Jika bilik air kamu luas dan selesa apa kata mencuba seks di bilik air bersama pasangan, lagi pun tak salah untuk mencuba mana tahu hubungan kamu dan suami jadi makin intim.
Ini antara beberapa idea menarik dan kreatif, untuk kamu jadikan seks di bilik air lebih hangat, ghairah dan lain dari yang lain.
Setkan Suasana
- Foto – Clip Dealer
Dengan mengsetkan suasana mengikut keinginan diri, seks di bilik air akan jadi lebih bermakna dan menyeronokkan.
Kamu boleh setkan dengan hiasan lampu, lilin, taburan kelopak bunga dan juga alunan muzik bagi menemani kamu dan pasangan di bilik air nanti.
Guna Sinki Dengan Bijak
- Foto – Arkib Wanista
Dengan suasana yang romantis dan lampu bilik air yang agak sederhana terang, pasti akan membuatkan diri kamu dan pasangan mudah berahi.
Tatkala kamu dan pasangan sedang asyik dibuai asmara jangan lupa gunakan sinki sebaik mungkin, kerana sinki boleh membuatkan pengalaman asmara kamu lebih hebat dalam apa jua posisi seks.
Berenang Dalam Bathtub Asmara
- Foto – Arkib Wanista
Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain berendam bersama pasangan dalam bathtub, sambil diselubungi buih putih dan aroma wangi sabun.
Serta dalam masa yang sama kamu dan pasangan melakukan foreplay, saling mengusik zon rangsangan masing-masing dalam bathtub akan membuatkan kamu dan pasangan hanyut dalam asmara yang tercipta.
Sandarkan Keintiman Mu Pada Dinding
- Foto – Arkib Wanista
Kamu juga harus bijak menggunakan dinding bilik air, kamu atau pasangan boleh bersandar pada dinding bilik air sambil melakukan aksi asmara bersama.
Dengan bersandar pada dinding secara tidak langsung kamu mempunyai menahan atau penghadang yang kukuh tatkala sedang ‘sibuk’ bersama pasangan.
Pancutan Shower Menyemarakkan Bahang Cinta
- Foto – Arkib Wanista
Pili pancutan atau shower yang ada di bilik air bukan sekadar dekorasi saja, kamu boleh gunakan pancutan air tersebut untuk menyemarakkan lagi api asmara.
Tatkala air shower mula membasahi pakaian dan tubuh, ia memberikan impak seksi dan menawan pada mata sang suami dan kamu juga harus membuka air shower secara sederhana perlahan untuk mendapatkan impak imej seksi tersebut.
Diharap dengan beberapa idea menarik ini, kamu dapat beraksi di bilik air sambil dipenuhi dengan moment berahi dan fantasi.
Selamat beramal♥