Menjadi satu perkara yang wajib dalam kehidupan seorang wanita, handbag mesti dibawa ke mana-mana sahaja mereka pergi.
Kalau kamu nak tahu, handbag ini boleh menjadi sesuatu barang yang lebih dari sekadar aksesori. Ia boleh menjadi bentuk pelaburan, simbol atau barang pengumpulan yang berharga.
Lebih sukar proses penciptaannya, lebih mahal dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat handbag.
Jadi, ini adalah antara beberapa handbag yang paling mahal dalam dunia. Teruskan membaca, mana tahu kalau kamu pun ada salah satu handbag ini.
(Urutan: Dari harga mahal dan makin menaik)
Marc Jacobs Carolyn Crocodile – RM 158,437.50
Diperbuat daripada kulit eksotik, ianya adalah kulit buaya yang telah dye dengan warna ungu. Kelihatan sangat eksklusif dan paling popular, handbag ini menjadi pilihan ramai wanita.
Fendi Selleria – RM 199,062.50
Handbag ini diperbuat daripada dua jenis kulit binatang yang jarang diperolehi di dunia iaitu sable dan chinchilla. Jika kamu mempunyai handbag ini, pasti rakan kamu akan cemburu.
Gadino Bag by Hilde Palladino – RM 203,125
Pereka Norway iaitu Hilde Palladino telah menghasilkan handbag ini daripada 39 berlian putih yang tersembunyi dalam clasp emas putih. Tidak hairanlah kalau mahal jika diperbuat daripada bahan-bahan yang sangat mahal ini.
Louis Vuitton Tribute Patchwork – RM 223,437.50
Handbag Louis Vuitton Tribute Patchwork ini diperbuat daripada 20 beg tampalan yang terdiri daripada 15 jenis corak LV yang berbeza.
Leiber Precious Rose – RM119,000
Sangat bernilai dan terhad, handbag ini hanya satu dalam dunia sahaja. Handbag ini diperbuat daripada berlian sebanyak 42.56 karat, pink sapphire sebanyak 1169, tourmalin sebanyak 800 dan 18 karat emas putih.
Hermès Matte Crocodile Birkin – RM 633,750
Handbag ini dibuat hasil ilham daripada pelakon wanita Perancis iaitu Jane Birkin. Beg Hermès Matte Crocodile Birkin ini diperbuat daripada kulit buaya dengan clasp yang terdiri daripada 10 karat berlian putih.
Hermès Fuchsia Diamond-Studded Birkin – RM 1,157,812.50
Siapa yang tidak mahukan handbag yang bertatahkan emas dan berlian? Handbag Hermès Fuchsia Diamond-Studded Birkin ini diperbuat daripada emas dan berlian yang berjumlah 8 karat.
Chanel Diamond Forever Classic – RM 1,377,187.50
Handbag ini diperbuat daripada kulit buaya putih dan berlian yang berjumlah 3.56 karat yang dipadankan dengan susunan emas putih (18 karat). Beg Chanel Diamond Forever Classic Bag ini dihasilkan sebanyak 13 buah sahaja.
Lana Marks Cleopatra Clutch – RM 2,108,437.50
Hanya menghasilkan satu beg Cleopatra setahun, Lana Marks membuatkan ramai wanita ‘gila’ akan beg tersebut. Mendapat permintaan yang sangat tinggi, handbag ini mempunyai reka bentuk dan warna yang berbeza.
Hermès Kelly Rose Gold – RM 10,521,875
Diperbuat daripada solid rose gold, handbag ini dilengkapi dengan 1160 berlian dan hanya boleh dipakai di pergelangan tangan sahaja. Untuk pengetahuan kamu, handbag ini hanya ada sebanyak 12 buah sahaja.
Mouawad 1001 Nights Diamond Purse – RM 20,028,125
Handbag berbentuk hati ini memerlukan 10 artisan kerana ia memerlukan 8800 jam (1 tahun 2 hari) untuk dihasilkan. Dihiasi dengan 4517 berlian dalam warna kuning, merah jambu dan tidak berwarna yang berjumlah 381.92 karat.
Kalau tengok setiap handbag ini, kamu boleh beli rumah mahupun kereta dengan harga tersebut.