Dengan peredaran dan perkembangan tamadun moden masa kini, pastinya tidak terlintas di fikiran bahawa terdapat tempat yang tidak boleh dikunjungi oleh manusia.
Tetapi hakikat sebenarnya, masih ada tempat di pelusuk dunia ini tidak boleh dikunjungi oleh manusia sewenang-wenangnya.
Berikut merupakan beberapa tempat yang tidak boleh dikunjungi oleh manusia dan ada sebahagian tempat lain tidak digalakkan untuk menjejakinya.
Pulau Sentinel Utara, India
- Foto – National Geographic
Pulau Sentinel Utara yang terletak di India di Teluk Benggala ini, merupakan antara salah satu pulau yang tidak boleh dikunjungi oleh manusia.
Ini adalah kerana di pulau ini terdapat suku puak Sentinel yang sangat agresif, dan puak ini akan bertindak membaling lembing dan anak panah kepada sesiapa saja yang berada dekat dengan perairan pulau mereka.
Kerajaan India sendiri telah melarang kepada orang ramai agar tidak cuba mendekati perairan pulau ini, dan sehingga kini tiada siapa yang berjaya menjejakkan kaki di pulau tersebut.
Pulau Ular, Brazil
- Foto – Arkib Wanista
Pulau ular atau juga kenali sebagai pulau DOMA yang terletak 40 kilometer dari perairan laut Brazil. Pulau ini tidak di jaga oleh sesiapa dan satu-satu penghuni tetap pulau ini adalah ular dan haiwan lain.
Seperti namanya, pulau ular ini didiami lebih daripada 4000 spesis ular yang berbisa dan unik di dunia biasanya hanya penyelidik yang bertauliah saja akan cuba memasuki pulau ini untuk tujuan kajian dan penyelidikan.
Pulau Patung, Mexico
- Foto – Travel Channel
Ini salah satu pulau popular di Mexico iaitu pulau patung yang terletak di terusan air Xichimilco dan lebih kurang 17 kilometer dari bandar Mexico.
Pulau patung ini menyimpan kisah mesteri dan mistik dengan seluruh kawasan pulau tergantung dengan patung-patung lusuh dan mengerikan.
Meski pulau ini tidak dilarang untuk dikunjungi, ianya tetap memberikan aura yang kurang enak, apatah lagi patung yang terdapat di pulau tersebut dikaitkan dengan kematian.
Pulau Bouvet, Samudra Atlantik Selatan
- Foto – Conde Nast Traveler
Tiada siapa yang tahu kewujudan pulau kecil di lautan samudra atlantik selatan ini, ianya merupakan pulau paling terpencil di dunia dan tidak diketahui akan kewujudannya.
Sehinggalah terdapat pelayar dari Perancis berlayar berdekatan di perairan pulau tersebut pada tahun 1739, tetapi sayangnya kordinasi pulau tersebut tidak disimpan oleh pelayar Perancis yang kemudiannya meneruskan perjalanan mereka.
Kemudian pada tahun 1808 pulau tersebut ditemui kembali dan manusia mula menjejakkan kaki di pulau tersebut hanya pada 1927, pulau ini diselubungi salji, anjing laut dan penguin.
Pulau Pantai Babi, Bahamas
- Foto – YouTube
Pulau pantai babi atau pig beach island yang terletak di Bahamas ini, cukup unik dengan kewujudan penghuninya iaitu babi.
Ramai yang pelik kerana terdapat banyaknya babi di pantai tersebut dan menurut rekod legenda lokal, pada suatu ketika terdapat kapal pelayaran karam berhampiran pulau tersebut dan babi merupakan antara haiwan yang terselamat dan membiak di pulau tersebut.
Babi di pulau ini semuanya pandai berenang dan ianya menjadi tarikan pelancong di Bahamas, dan pelancong memberi makanan kepada babi tersebut tatkala singgah di situ.
Banyak juga sebenarnya tempat-tempat yang berbahaya, pelik, unik dan misteri di dunia ini, tapi cukup dulu buat sementara waktu ini bagi mengisi rasa ingin tahu kita semua.