Tahukah anda, Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja.
Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.
Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai.
Perasaan takut kucing yang luar biasa ini dikenali sebagai Ailurophobia, yang berasal dari bahasa Yunani, ailouros yang bermaksud kucing dan phobos bermaksud ketakutan.
Gejala Ailurophobia
Orang yang menghidap Ailurophobia biasanya menunjukkan reaksi panik ketika bertemu kucing. Biasanya mereka yang mengalami gangguan ini cuba mengelakkan dari kucing.
- Foto – Arkib Wanista
Semasa bertemu kucing, biasanya penghidap Ailurophobia akan melarikan diri dan menunjukkan tingkah laku defensif seolah-olah mereka akan diserang oleh kucing.
Tingkah laku ketakutan ini biasanya diikuti oleh degupan jantung yang lebih cepat, gementar, sakit dada, pening, mual, seperti rasa tercekik, dan bulu roma meremang.
Bagaimana Nak Atasi
Pertama, latih orang yang menghidap Ailurophobia agar terdedah kepada kucing lebih lama, seperti mulai melihat kucing dari jauh, dan berusaha untuk mendampingi kucing.
Tindakan ini perlu dilakukan dan dipraktik secara beransur-ansur dan diulang berkali-kali untuk membiasakannya sehingga perasaan takut mula berkurang.
- Foto – Arkib Wanista
Satu lagi cara disarankan adalah dengan mengubah cara berfikir dan melihat kucing seperti kucing makhluk yang menakutkan. Jika selama ini percaya kucing membawa bahaya dan prasangka buruk kepada diri, ubah dan berfikir lebih realistik.
Harus diingatkan bahawa Ailurophobia tidak mempunyai penawar yang dapat menyingkirkan perasaan takut pada kucing. Tapi percaya bahawa melalui latihan secara beransur-ansur fobia ini dapat disembuhkan selagi kita mahu membuang rasa takut.
Selamat Beramal!