Penularan wabak maut ini membuatkan orang ramai mengambil langkah penjagaan kebersihan yang drastik seperti memakai sarung tangun, topeng penutup mulut dan hidung, ada juga yang menggunakan kondom sebagai ganti sarung tangan bagi melindungi jari dari kuman.
Tetapi sedar tak penjagaan kebersihan bukan sekadar memakai alat perlindungan semata tetapi tahap kerajinan serta kekerapan membasuh tangan.
Berdasarkan perkongsian seorang jururawat di luar negara, bakteria sangat cepat merebak meski telah memakai sarung tangan. Dan perkongsian tersebut juga menunjukkan pemakaian sarung tangan mencepatkan bakteria lebih cepat merebak ke tubuh dan tempat-tempat lain tanpa kita semua sedari.
Bakteria Cepat Merebak Meski Pakai Sarung Tangan, Ini Punyanya
Bakteria ada di mana-mana sahaja, kamu mungkin memilih untuk memakai sarung tangan atas dasar ingin melindungi tangan dari menyentuh kuman.
Tetapi sedar atau tidak sarung tangan yang kamu guna itu telah terdedah dengan kuman, kemudian kamu melakukan kerja-kerja mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, memegang telefon, menyidai pakaian dan sebagainya sambil memakai sarung tangan.
Jadi boleh kamu bayangkan apa yang berlaku pada tempat-tempat atau benda yang kamu pegang menerusi sarung tangan tersebut?
Ya, semua tempat yang kamu sentuh telah dijangkiti dengan kuman disebabkan penggunaan sarung tangan yang kamu pakai. Meski aspek kamu ingin menjaga kesihatana dan kebersihan bagus, tetapi ia juga akan memberi kesan buruk jika kamu tidak tahu menggunakan sarung tangan mengikut keperluan.
Tips Penggunaan Sarung Tangan
- Hanya pakai sarung tangan bila perlu atau kamu ingin melakukan kerja
- Jangan sentuh muka, telefon atau peralatan dapur dan makanan ketika mengggunakan sarung tangan.
- Pastikan kamu membuang sarung tangan ke dalam bakul sampah dan jangan buang merata-rata.
Penting: Pakai sarung tangan bila perlu sahaja dan sebaik-baiknya kerap mencuci tangan itu yang lebih penting. Elakkan dari memakai sarung tangan jika tidak perlu.
Selamat beramal!