Sepanjang perintah kawalan pergerakan, netizen Malaysia sakan membuat kopi viral Dalgona Coffee. Katanya ramai yang suka tapi ada juga kurang berkenan kerana rasa manis melampau sehingga tidak boleh tidur malam.
Baca : Sekarang Tengah Popular ‘Dalgona Coffee’, Wanista Ajar Cara Buat
Sekarang muncul pula Milk Tea. Yang best, Milk Tea ini ada dua resepi – versi susu dan bukan susu. jadi tiada siapa yang rasa tersisih.. gitewww.
Ini cara membuatnya:
1. Untuk resepi bukan tenusu, kamu perlukan lima beg Black Tea, air panas, separuh cawan brown sugar, dua putih telur, pilihan susu sendiri dan ais.
2. Pilihan susu lebih mudah dibuat, kamu hanya memerlukan 250ml krim serba guna, dua bungkus serbuk teh susu dan ais.
Kesemuanya kamu whisk sampailah betul-betul jadi krim.
Selamat Mencuba!