Siapa skip pakai toner?
Please ye, jangan tinggalkan langkah memakai toner kerana binasa pada kulit wajah anda.
Kenapa konsep menyegar atau toner itu penting? Wanista berikan jawapannya – Ini 5 Sebab Relevan Kenapa Kena Toner Muka Selepas Membersih. Sebab paling ketara ialah kulit berjerawat. Memakai penyegar kulit (toner) membantu mengecilkan pori dan membolehkan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda mencuci muka.
Pakar memberitahu toner yang menghidrat dan melicinkan garisan halus sering mengandungi antioxidants, amino acids, dan hyaluronic acid. Untuk toner yang merawat jerawat selalunya mengandungi salicylic atau glycolic acid.
Bagi yang nak mencari toner terbaik, ini terdapat beberapa toner yang dijamin keberkesanan, dan juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Mamonde Rose Water Toner
The Flower Toner Series oleh Mamonde memiliki fungsi tersendiri seperti menegang dan menyalurkan nutrisi buat kulit, merawat dan melembab kulit, menghakis sel kulit mati, mengawal minyak wajah serta menenangkan keadaan kulit.
Baca : Mamonde Ajar 7 Cara Guna Toner Untuk Semua Jenis Kulit
Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner
Ia mengandungi ekstrak buah mawar, rosewater, dan ekstrak daun angelica – semuanya dikenali dengan ciri-ciri yang menyihatkan dan menenangkan. Produk bebas alkohol jadi ia tidak akan mengeringkan kulit anda.
Dr. Jart+ Ceramidin Liquid Moisturizing Toner
Formula yang penuh dengan ceramides, bahan yang membantu memulihkan kelembapan yang hilang, kulit terasa lebih lembut dan sihat selepas aplikasi.
Pixi by Petra Glow Tonic
Produk yang menjadi kegemaran beauty junkies. Dibuat dengan bahan-bahan seperti glycolic acid, aloe vera, dan witch hazel, disyorkan untuk kulit sensitif tapi semua jenis kulit juga boleh – menjadikan kulit lebih lembut dan clear.
Thayers Alcohol-free Rose Petal Witch Hazel
Apabila anda menggunakan witch hazel di wajah, ia berfungsi untuk dua tujuan, mengimbangi pengeluaran minyak dan mengecilkan liang-liang pori. Kedua-duanya berfungsi bersama untuk menyembuhkan jerawat dan memulihkan wajah anda kepada yang lebih sihat.
Selamat Beramal!